MFO
- harimau asia
- Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~
Monday, September 12, 2011
MISI BALAS DENDAM- PREVIEW PERAK VS KEDAH MALAM INI
13 september, IPOH- Igauan dimalukan Kedah pada kempen liga super musim ini di Stadium sendiri masih menghantui kem Perak tatkala kedua-dua pasukan tersebut bertembung sekali lagi pada malam ini .
Kekalahan 3-1 di tangan kedah pada aksi liga super musim ini telah mencalarkan rekod bersih Perak di halaman sendiri kerana skuad Seladang itu masih belum pernah tewas kepada mana-mana pasukan apabila bermain di hadapan penyokong setia mereka.
Namun, Perak yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ketas Johor yakin pasukan kenari bimbingan Wan Jamak Wan Hassan bakal menjadi mangsa seterusnya untuk ditewaskan malam ini.
Kedah pula yang masih tercalar dengan luka akibat tewas "mengejut" kepada Sabah di Stadium Darul Aman sabtu lalu masih tempang untuk melayani tuan rumah setelah seorang pemain utama mereka dilayangkan kad merah dalam perlawanan sebelum ini.
Perak juga bakal turun dengan "kudrat" pemain muda akibat ketiadaan 5 pemain utama mereka yang menerima hukuman digantung 7 perlawanan oleh F.A.M gara-gara disalahkan akibat mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan pada aksi mereka dalam liga super.
( Penyokong setia skuad Seladang)
Justeru, pertemuan kedua-dua pasukan kali ini ibarat misi membalas "dendam" setelah Perak yang belum pernah mencatat kemenangan ke atas Kedah pada pertemuan Liga Super sebelum ini mahu mengutip 3 mata penuh setelah pasukan tersebut hanya mampu seri 0-0 dengan skuad kenari di tempat lawan dan tewas 3-1 di tempat sendiri .
Perak juga masih belum mampu untuk mengatasi jiran mereka itu apabila pertemuan liga super musim lalu turut menyebelahi pasukan Kedah.
Biarpun begitu, Perak yakin akan menamatkan badi keatas jiran tertangga mereka itu pada malam ini.
Keyakinan itu disuarakan sendiri oleh penyokong setia Seladang yang beranggapan jurulatih Perak ,Cikgu Jan mempunyai ramuan terbaik untuk membenam Kedah.
" dulu mungkin Kedah kuat, tetapi sekarang Kedah pun dah tidak mampu pergi jauh. Lagipun strategi cikgu Jan sangat bagus" ujar Rahman salah seorang penyokong setia "Kejar Yeop Kejar"
Walaupun perlawanan malam ini hanya di peringkat kumpulan, namun ia turut mengembalikan nostalgia Final Piala Malaysia 2007 yang berkesudahan Kedah menang 3-0 ketas Perak.
Friday, September 9, 2011
PERAK YAKIN RATAH JOHOR
Kempen Piala Malaysia musim ini seakan tidak mahu menyebelahi pasukan "seladang" setelah 5 pemain utama pasukan itu digantung tujuh perlawanan oleh F.A.M.
Keputusan F.A.M yang mengekalkan hukuman terhadap lima pemain utama pasukan tersebut " menyerlahkan" lagi kedangkalan badan induk bola sepak tersebut dalam menangani setiap masalah dengan baik.
Seperti kebiasaan F.A.M akan menggantung pemain atau pegawai yang melanggar peraturan dengan denda dan juga digantung dari menyertai sebarang perlawanan tanpa adanya sebarang keputusan yang lebih realistik .
Peledak berbiasa seladang , Akmal Rizal Ahmad Rakhli, kepten pasukan Sharulnizam Mustafa, pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff dan diikuti penjaga gol Mohd. Nasril Nourdin antara pemain yang telah dijatuhi hukuman sejak 18 julai lalu.
Biarpun begitu skuad Perak tidak gentar untuk turun berdepan Johor dalam misi mencari mata penuh di hadapan penyokong sendiri malam ini.
Selepas sekadar seri 0-0 dengan Sabah di Likas pada perlawanan pertama 6 september lalu Perak sedar pertemuan malam ini bukan mudah kerana pasukan Johor juga bertekad untuk mencuri mata di Stadium Ipoh.
Hakikat itu diakui sendiri oleh pengendali Johor yang yakin cabaran dalam kumpulan A masih terbuka kepada semua pasukan memandangkan hanya pasukan Kedah yang mencatat kemenangan pada perlawanan pembukaan lalu.
" Saya yakin pasukan kami mampu untuk menang, mungkin 2-1" ujar salah seorang penyokong setia pasukan " Kejar Yeop Kejar"
Untuk Rekod pada saingan Liga Super musim ini Persembahan Perak di Stadium sendiri tidak mengecawakan dengan merakamkan 6 kemenangan termasuk membenam Kelantan dengan jaringan besar 4-0, selain mencatat 5 kali seri dan hanya sekali tewas.
Perak bakal turun dengan gandingan penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli bersama-sama pemain Perlis, Mohd. Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Roddin yang dipinjam bagi mengharungi Piala Malaysia musim ini.
Terdahulu, para penyokong perak membuat bantahan dengan mengumpul lebih 5000 tandatangan sebagai bantahan terhadap bantahan yang membabitkan pemain kesayanagan mereka.
Tuesday, September 6, 2011
SINGA " TAK KUAT"
Singapura terpaksa menelan pahit setelah diaibkan di gelanggang sendiri apabila tewas 2-0 di tangan Iraq malam tadi.
Padang " ajaib" mereka langsung tidak membantu pasukan tersebut untuk mengulangi pencapaian membelasah Malaysia 5-3 pada sebelum ini.
Rumput tiruan yang digunakan untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 dikritik hebat oleh jurulatih Iraq " Zico" yang menganggap padang tersebut hanya
layak digunakan oleh pelajar sekolah rendah.
Singapura ketinggalan pada minit 50 apabila tandukkan Ala'a Abdulzehra melepasi jangkauan penjaga gol singapura, Lionel Lewis.
Iraq sekali lagi menghukum "keegoan" Singapura yang begitu yakin mencipta kemenangan di halaman sendiri apabila Younis Mahmood ,penyerang tinggi lampai pasukan Iraq berjaya mengelirukan penjagan gol Singapura dengan membuat bola "lambung" yang menghasilkan gol sekaligus menjadikan keputusan muktamad 2-0.
Kekalahan semalam merupakan kekalahan kedua berturut-turut the " Lion" setelah tewas 2-1 sebelum ini kepada China.
Dalam perlawanan lain Thailand berjaya mengubati kekecewaaan setelah tumpas di Sydney 2-1 kepada Austaralia sebelum ini dengan membelasah Oman 3-0 di
hadapan penyokong sendiri.
Pasukan jiran Indonesia pula terus dirudum malang apabila gagal menyaingi lawan di tempat sendiri setelah tumbang 2-0 kepada Bahrain.
Sebelum ini pasukan tersebut turut gagal pada perlawanan pertama menentang Iran yang berkesudahan Indonesia tewas 0-3 di tempat lawan.
Monday, September 5, 2011
JANGAN PERLEKEH KAMI!
Kuala Lumpur- Belum pun sempat Skuad Olimpik negara menguji keupayaan pada aksi peringkat kumpulan, telah ada pihak yang mengecilkan keupayaan pasukan tersebut dalam usaha merebut slot ke Sukan Olimpik London.
Kenyataan Serbegeth Singh yang disiarkan dalam akhbar Metro pada 29 ogos lalu menganggap barisan anak didik Ong Kim Swee belum layak untuk beraksi di pentas Olimpik tahun depan.
Tajuk akhbar metro " Belum Matang" yang menghiasi ruangan arena sukan pada keluaran 29 ogos lalu telah memaparkan ulasan yang diberi oleh bekas pemain kebangsaan yang sudah tidak asing lagi dalam arena bola sepak tanah air.
" Skuad Olimpik negara diundi dalam kumpulan sukar , memang kelebihan kepada pasukan Jepun, Syria dan Bahrain. Jika diikutkan memang susah untuk menewaskan Jepun , sama ada di gelanggang lawan ataupun di tempat sendiri", ujar beliau.
Menurutnya lagi, " Bagi saya, Jepun Ibarat berada dalam divisyen satu Asia, Syria dan Bahrain , di devisyen kedua manakala Malaysia pula berada di devisyen tiga", tambah Serbegeth.
Walaupun komen dari pengalisis tersebut berasas pada tempatnya namun kenyataan yang dikeluarkannya juga mengundang ketidak adilan terhadap pasukan Olimpik yang sedang berusaha keras untuk bersaing dengan pasukan lain sepanjang kejohanan ini berlangsung.
( Ong kim Swee tidak getar berdepan kuasa besar lain)
Sepatutnya sebagai penganalisis yang berprofesional, Serbegeth perlu mengelakkan memberi komen yang boleh menjatuhkan moral dan semangat pemain yang dihimpit tekanan untuk mencatat keputusan baik dalam setiap perlawanan kerana menggalas harapan seluruh peminat bola sepak tanah air.
Sebaliknya, pelbagai pihak termasuk media perlu mencontohi negara lain umpanya Jepun, Korea Selatan mahupun Indonesia yang sentiasa menyuntik semangat pemain mereka dengan paparan berita yang bersifat "membina" .
( Media di indonesia berjaya menarik peyokong untuk mendokong sepenuhnya pasukan kesayangan mereka)
Media seharusnya memberikan sedikit ruang selesa kepada pasukan Olimpik negara dengan " mempromosikan" kehebatan pasukan ini agar ia mampu menyuntik kekuatan "tambahan" kepada para pemain sekaligus memberi keyakinan diri kepada mereka untuk beraksi di atas padang.
Malaysia bakal berkunjung ke Jepun untuk membuat perhitungan pertama menentang pasukan serba biru itu di stadium Tosu pada 21 september ini.
Monday, August 29, 2011
Peluang Untuk Malukan Australia
Kuala Lumpur- Meskipun Harimau Malaya gagal untuk meneruskan aksi pada pusingan seterusnya dalam Pra Piala Dunia namun reputasi selaku bekas juara piala Suzuki 2010 tetap dipandang tinggi oleh Australia yang memilih Malaysia sebagai lawan mereka dalam perlawanan ujian 7 oktober nanti.
Langkah itu sebagai persiapan skuad socceroos menguji kekuatan sebelum aksi pertama Pra Piala Dunia menentang Thailand dalam pusingan peringkat kumpulan .
Lebih menarik, pertemuan di antara kedua-dua pasukan bakal mencipta sejarah tersendiri memandangkan kedua-dua pasukan belum pernah bertemu sebelum ini.
Pertemuan di Sydney kelak adalah medan yang sesuai untuk anak-anak didik K. Rajagobal untuk memalukan the Socceroos di hadapan penyokong mereka dengan sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.
Biarpun, nada tersebut agak "sinis" tetapi sasaran tersebut harus dipandang serius oleh Harimau Malaya supaya pertemuan 7 oktober nanti bukan hanya sekadar perlawanan persahabatan.
Sekiranya pertemuan di sana nanti mampu menghasilkan keputusan yang positive sudah tentu F.A.M tidak menghadapi kesukaran untuk mengundang pasukan kelas "A" yang lain mahupun Australia sendiri bagi mana-mana kejohanan ataupun perlawanan persahabatan selapas ini.
![]() |
| Uzbekistan turut dikecawakan 6-0 pada semi final Piala Asia |
Ia juga landasan terbaik bagi Malaysia memperbaiki ranking 148 sekarang ini kepada ranking yang lebih baik sekaligus menyahut cabaran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( F.A.M), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Syah sewaktu sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan skuad hoki Pahang di Hotel Shahzan Inn, Kuantan bebarap hari yang lepas.
Sekalipun agak mustahil untuk merealisasikan keputusan di luar "jangkaan" di Sydney , segalanya bergantung kepada strategi dan taktikal yang ingin dipraktikkan oleh jurulatih kebangsaan.
K. Rajagobal perlu mengelakkan kesilapan yang sama sebagaimana yang berlaku setelah tewas di tangan Singapura apabila secara keseluruhannya jurulatih tersebut gagal menterjemahkan "sentuhannya" ketika tewas dengan agregat 6-4.
![]() |
| India pasukan belasahan Australia pada kempen Piala Asia di Qatar. |
Walaupun ,Australia yang dilabel pasukan pilihan dalam perlawanan 7 oktober nanti pasukan itu tetap mampu disekat .
Keyakinan itu berdasarkan kemampuan Harimau Malaya sewaktu menjulang Piala Suzuki sebelum ini. Persembahan menakjubkan pasukan ini diharap mampu dikembalikan oleh K. Rajagobal walaupun secara realitinya skuad ini seperti hilang "bisa" sejak mendapat gelaran juara Asia Tenggara tahun lepas.
Bagi skuad kanggaroo , "side attack" adalah corak serangan yang diterapkan dalam pasukan ini dimana serangan yang dilakukan dari sudut tepi padang sebelum pemain membuat hantaran paras rendah mahupun tinggi kepada pemain yang telah bersedia menghasilkan gol dalam kotak panalti.
Taktikal sebegitu amat mendedahkan situasi bahaya kepada pemain Malaysia kerana lawan mempunyai kelebihan dari segi saiz fizikal . Hantaran silang tinggi akan lebih memudahkan mereka mencipta peluang sekaligus membuka ruang kepada the " Socceroos" untuk membolosi gawang.
Justeru, setiap pemain harus lebih bijak dan berwaspada supaya tidak mudah memberi ruang selesa kepada lawan untuk melakukan sebarang gerakkan ataupun hantaran.
Set piece pasukan yang berjersi hijau kuning ini juga perlu dititikberatkan oleh kem kebangsaan terutamanya melalui sepakkan percuma . Ia antara perangkap yang acap kali menghasilkan gol seperti yang dilakukan pasukan tersebut dalam kempen piala Asia di Qatar tahun lepas.
![]() |
| Tiada yang mustahil untuk pasukan kebangsaan |
Malaysia bakal turun tanpa sebarang tekanan kerana tidak mempunyai sebarang kejohanan penting dalam masa terdekat. Tetapi buat Australia kemenangan adalah penting buat mereka bagi menaikkan moral pemain sebelum menghadapi saingan peringkat kumpulan yang turut menampilkan Thailand, Arab Saudi dan Oman.
Pertemuan kedua-dua pasukan bakal berlangsung dengan di Sydney dengan Australia menanti Malaysia di sana sebagai tuan rumah.
Saturday, August 27, 2011
Skuad Baru Kebangsaan- Rajagobal Harus lebih Berani
Kelibat pemain kebangsaan di pentas Eropah akhirnya menjadi kenyataan dan mula meniti di bibir peminat di sana mahupun di tanah air sendiri.
![]() | |
| K Rajagobal perlu berani mengambil risiko |
Kini, 3 anggota skuad Olimpik telah sah beraksi sebagai pemain pinjaman untuk Vion Fc selama 3 bulan.
Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal antara pemain yang bakal dilanjutkan kontrak untuk kelab terbaru mereka sekarang andai berjaya memikat perhatian pengurusan di sana selama tempoh beraksi 3 bulan ini.
Tidak cukup dengan itu giliran Safiq Rahim pula dilamar oleh sebuah pasukan yang tidak kurang hebatnya di pentas Eropah.
Cardiff City dikhabarkan berminat untuk mendapatkan sentuhan " bola mati" oleh kepten Harimau Malaya ini dan beliau diberikan tempoh percubaan selama 3 minggu oleh pasukan tersebut.
Hanya menunggu masa Safiq bakal menyarung jersi pengerusi Cardiff City , Datuk Chan Tien Ghee sekiranya berjaya membuktikan kepakarannya di sana.
Perkembangan sihat ini begitu tepat pada waktunya kerana ia adalah sebahagian dari proses skuad mantap bagi menghadapi Piala Aff Suzuki Disember tahun depan dan aksi kelayakan Piala Asia 2015.
![]() | |
| Sentuhannya ditagih Cardiff city |
Dalam pasukan kebangsaan posisi yang amat membimbangkan ialah di bahagian pertahanan manakala jentera tengah sering gagal mempamerkan kretiviti.
Tetapi corak permainan Harimau Muda pasti akan lebih menarik dan mantap sekiranya jurulatih Dato K . Rajagobal berani mempertaruhkan barisan pemain baru untuk diserapkan ke dalam pasukan utama kebangsaan.
Wan zack Haikal,20, antara calon tepat untuk bergandingan dengan Safee Sali di bahagian serangan kerana pemain itu mempunyai karakter seorang penyerang yang berwibawa.
Seakan tidak pernah mengenal penat lelah pemain ini ternyata bukan calang-calang pemain kerana beliau sering sahaja turun membantu benteng pertahanan sekiranya lawan mula menghadirkan bebarapa percubaan berbahaya.
Kepakaran menghasilkan gol dari sudut sukar juga antara senjata utama anak muda ini untuk merobek gawang lawan biarpun dikawal rapi oleh pertahanan .
![]() |
| Wan Zack calon sesuai untuk digandingkan dengan Safee sali dan Nor Idlan |
Safiq Rahim yang bakal menimba ilmu dengan Cardiff City juga pilihan yang begitu sesuai untuk menambah kekuatan pasukan kebangsaan sebelum 2 aksi penting tersebut.
Jika pemergiaan pemain tersebut ke Eropah menjadi kenyataan K. Rajagobal harus segera mencari calon yang paling bersesuaian untuk digandingkan dengan pemain tersebut. Gary Steven mungkin pemain yang paling tepat untuk diketengahkan oleh jurulatih kerana keupayaan pemain ini tidak dapat dinafkan lagi dalam membantu barisan tengah skuad Olimpik sebelum ini.
Irfan Fazail ,20, pula yang beraksi di posisi penyerang kedua atau pemain tengah menyerang juga sudah boleh difikirkan oleh K. Rajagobal untuk diserapkan dalam skuad utama kebangsaan kerana pemain seperti ini begitu lincah di depan gol termasuk kebolehannya menjaringkan gol dari jarak jauh.
Posisi sayap pula boleh diserahkan kepada pemain yang digelar "kecik" dalam kem kebangsaan iaitu Wan Zaharul Nizam kerana keupayaannya mengelecek pihak lawan sebelum ini berjaya membuka ruang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol.
![]() |
| Wan zaharul Nizam memiliki keupayaan tinggi. |
pemain seperti ini amat sesuai untuk dipilih oleh jurulatih Harimau Malaya kerana peminat sudah bosan dengan situasi bola lintang yang melambung tinggi oleh pemain sayap sebelum ini yang akhirnya dipatahkan mudah oleh pihak lawan .
Hakikat ini pernah diakui sendiri oleh kapten pasukan Lubnan yang berpendapat pemain ini ( Wan zaharul Nizam) begitu berbahaya kerana mempunyai skill dan potensi yang menakjubkan.
Posisi pertahanan pula memerlukan sedikit rombakkan dimana pemain berkebolehan lain yang bermain untuk pasukan negeri harus diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk dimasukkan ke dalam skuad kali ini.
Posisi Fadhli Shas mungkin terjamin setelah berjaya meletakkan diri sebaris pemain hebat lain untuk beraksi di pentas liga luar setakat ini.
Bukan mahu menidakkan pemain lain dalam skuad Senior tetapi K . Rajagobal harus berani membuka ruang kepada beberapa pemain muda lain kerana dengan cara ini pasukan kebangsaan yang dibentuk akan mempunyai lebih kualiti dan melahirkan lebih ramai pemain berkaliber.
Ia juga sekaligus dapat mengelakkan Skuad kebangsaan ketandusan pemain yang berkelayakan menyarung jersi negara.
Thursday, August 25, 2011
Sunday, July 31, 2011
Bangunlah, Harimau Malaya!!!
Bangunlah , wahai Harimau Malaya!
Itu antara ungkapan paling tepat buat para pemain skuad kebangsaan setelah " tersembam" dalam pertarungan menghitung nasib ke piala dunia.
Kem skuad kebangsaan ketika ini sudah pasti suram serta mentaliti para pemain juga mungkin " jatuh" setelah dipalit aib oleh Sang " singa" tempoh hari.
Sesuatu harus direncanakan segera bagi " mengubati" luka parah Harimau Malaya agar dapat kembali memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain.
Thailand, Indonesia dan Singapura pula berjaya meneruskan kempen kali ini dengan Malaysia hanya mampu melihat ketiga-tiga musuh tradisi itu melangkah dengan bergaya setelah Thailand menyingkirkan Palestin melalui agregat 2-2 dengan kelebihan jaringan memihak kepada negara gajah putih itu mengikut gol peraturan tempat lawan . Indonesia pula yang sekadar seri 1-1 dalam perlawanan pertama menentang Turkmenistan berjaya membenam lawan yang sama 4-3 di gelanggang sendiri sekaligus mara dengan kelebihan agregat 5-4.
Biarpun, perasaan cemburu pasti bersarang di hati seluruh penyokong fanatik Malaysia kerana hanya mampu melihat kejayaan pasukan lain meneruskan langkah , mungkin ramai yang terlepas pandang akan perjalanan skuad handalan lain yang pernah melalui detik sukar seperti yang sedang dilalui Malaysia ketika ini.
Bekas juara piala dunia sekalipun tidak terlepas dari menerima "hukuman" seperti yang berlaku kepada Argentina dan Brazil apabila tersingkir dalam separuh akhir Copa Amerika walhal kedua-dua pasukan ini adalah pasukan pilihan untuk berentap di final pada tahun ini. Tiada siapa yang menjangka Uruguay dan Paraguay adalah lebih berhak berada di pentas final berdasarkan kesungguhan dan kebijaksanaan mereka di atas padang.
Di Asia Korea selatan juga pernah menjadi mangsa " kekecewaan" setelah pasukan itu beraksi hambar dalam pusingan pra kelayakan piala dunia 2006. Perjalanan skuad yang digelar " Teaguk Warriors" ini juga pernah dikritik hebat oleh media dan penyokong mereka sendiri.
Keputusan seri 0-0 menentang Maldive dalam kempen kelayakan piala dunia 2006 membuatkan reputasi mereka selaku jaguh asia tercalar. Situasi pada waktu itu sama seperti di kem Malaysia sekarang apabila peminat mahu jurulatih dipecat dan pasukan kebangsaan dirombak secara besar-besaran.
China juga pernah dipanah dengan nasib yang sama. Selepas berjaya membuat penampilan pertama dalam edisi piala dunia 2002, skuad ini terus melangkah bergaya apabila menjadi naib juara piala Asia pada tahun 2004 sebelum akur di tangan Jepun apabila tewas 3-1 di pentas final pada edisi tersebut
Semenjak daripada itu, pasukan yang pernah mencatat jumlah jaringan terbesar menumpaskan Guam 19-0 di stadium Ho Chi Minh City, Vietnam pada tahun 2000 ini bermula dengan rentak sumbang selepas percubaan meraka dalam kempen melayakkan diri ke piala dunia dan kempen piala Asia menemui kebuntuan termasuk ketika "gagal" menyerlah pada kejohanan piala Asia di Qatar pada tahun lepas.
Justeru, tiada alasan untuk seluruh penyokong bola sepak kebangsaan dan juga para pemain sendiri untuk terus" berduka" kerana sejarah arena bola sepak telah membuktikan setiap pasukan yang lemah atau kuat tetap akan berdepan dengan saat sukar biarpun terpaksa menelan segala kritikan dan tohmahan.
Perjuangan pasukan Malaysia juga masih belum selesai dan mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan Malaysia belum layak untuk menjadi jaguh malainkan Harimau Malaya menebus semula setiap kekalahan dengan kebangkitan yang dramatik selepas ini.
Dendam tetap dendam! ayuh bangunlah semula Harimau Malaya, teruskan dengan usaha gigih untuk menempuhi perjalanan yang penuh dengan skrip dan drama ini.

| Korea selatan antara pasukan yang pernah dikritik hebat oleh penyokong sendiri |

| (Persatuan Bola Sepak China berusaha mengembalikan semula era kegemilangan China) |
Perjuangan pasukan Malaysia juga masih belum selesai dan mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan Malaysia belum layak untuk menjadi jaguh malainkan Harimau Malaya menebus semula setiap kekalahan dengan kebangkitan yang dramatik selepas ini.
Dendam tetap dendam! ayuh bangunlah semula Harimau Malaya, teruskan dengan usaha gigih untuk menempuhi perjalanan yang penuh dengan skrip dan drama ini.
Friday, July 29, 2011
JAWAPAN SEBENAR MENGAPA MALAYSIA TEWAS DI TANGAN SINGAPURA
Peluang untuk melangkah lebih jauh dalam pusingan kelayakan piala dunia 2014 sudah pun berakhir dengan menyaksikan pasukan harimau Malaya hanya sekadar seri 1-1 pada pusingan timbal balik di stadium Bukit Jalil .
Tewas dengan jumlah jaringan 5-3 pada perlawanan pertama bukanlah keputusan yang dimahukan apatah lagi kelima-lima jaringan tersebut tidak patut dilepaskan dengan mudah oleh barisan pertahanan negara.
Biarpun begitu, sudah tidak berguna untuk peminat merentapi kekalahan pasukan Malaysia di Tangan Singapura dengan agregat 4-6 kerana sudah menjadi satu kebiasaan pasukan yang dilabel pasukan pilihan menerima aib pada mana-mana perlawanan sekalipun.
Jika dinilai prestasi semasa Malaysia sejak muncul juara piala Suzuki AFF , bayangan kekecewaan skuad kebangsaan dalam edisi pra kelayakan piala dunia kali ini sudah dapat dibayangkan apabila kebanyakan negara menolak pelawaan F.A.M untuk mengadakan perlawanan persahabatan .
India, Iran, dan Loas antara negara dari senarai yang menolak permohonan F.A.M termasuk pasukan Filifina yang tidak memberi " reaksi" terhadap permohonan daripada badan induk bola sepak negara untuk mengadakan perlawanan persahabatan.
Sehinggalah perlawaan dari F.A.M diterima oleh Hong Kong pasukan kebangsaan sedikit boleh menarik nafas lega apabila masih ada negara yang sudi untuk menguji kekuatan anak didik Dato K. Rajagobal.
Itupun, Malaysia terpaksa mengadakan perlawanan sebanyak 2 kali berturut-turut dengan pasukan yang sama sebagai persediaan menghadapi pra kelayakan piala dunia sekaligus menutup aib daripada tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan langsung di peringkat antarabangsa apabila tawaran sebelum ini ditolak oleh negara lain.
Myanmar antara negara yang menjadi medan ujian skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa dengan Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 di Kota Bharu kelantan, itupun selepas terpaksa bertungkus lumus di atas padang yang becak akibat hujan sebelum perlawanan.
Kekurangan mengadakan ujian "perlawanan" dengan negara lain adalah jawapan mengapa Malaysia gagal untuk mengatasi Singapura . Ini kerana untuk membentuk keserasian yang ampuh pasukan harimau Malaya memerlukan lebih banyak perlawanan kompetetif.
Tekad Dato K Rajagobal mempertaruhkan barisan terbaiknya dalam ujian menentang 2 kelab besar EPL pula adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
Tewas 4-0 di tangan Arsenal sebelum dijinakkan 3-6 oleh satu kuasa besar kelab Eropah iaitu Liverpool ternyata membawa padah apabila pemain seperti Nor Idlan Talaha mengalami kecederaan jangka panjang dan faktor keletihan sudah pasti menghantui para pemain negara kerana mereka hanya ada selang beberapa hari sahaja pada waktu itu untuk pertemuan menentang Singapura pada perlawanan pertama.
Dua perlawanan berturut-turut yang diadakan terlalu hampir dengan tarikh pertembungan pra kelayakan piala dunia menentang pasukan jiran turut memberi ruang " selesa" untuk jurulatih Singapura, Radojko Avramovich mengintai kelemahan-kelamahan yang ada pada skuad kebangsaan melalui dua perlawanan yang diadakan.
Hasilnya, skuad The Lions mudah membolosi gawang negara dengan 4 gol dalam separuh masa pertama sebelum meledak gol kelima pada separuh masa kedua.
Mujur, Singapura tidak menambah gol ke-6 pada perlawanan tersebut dan jika ia berlaku sudah pasti The Lions akan lebih " riak" kerana mampu mengatasi jumlah jaringan seperti yang dilakukan Liverpool.
Taktikal yang diterapkan oleh Dato K Rajagobal juga antara jawapan mengapa Malaysia gagal membendung kekalahan di pusingan pertama dan menumpaskan Singapura di Perlawanan kedua.
Andai diteliti corak permainan Harimau Malaya, mereka gemar bermain dengan corak hantaran jauh dan tinggi terutama di dalam bahagian kotak panalti.
Hantaran jauh yang ingin dihantar kepada rakan sepasukan sering sahaja terkandas dan mudah dibaca oleh pihak lawan yang bersaiz lebih tinggi . Taktikal sedemikian hanya akan membawa padah apabila digunakan pada perlawanan penting menentang lawan yang mempunyai kelebihan fizikal seperti pemain-pemain "import" the Lions.
Jika dibandingkan dengan skuad Olimpik pasukan muda ini dilihat lebih "matang" melalui gaya permainan mereka berbanding pasukan senior. Taktikal yang diterapkan oleh Ong Kim Swee tampak lebih jitu dan mantap berbanding rakan sejawatnya Dato K Rajagobal.
Skuad Olimpik tidak menghampakan setakat ini apabila mereka layak untuk pusingan seterusnya dalam pra olimpik dan corak permainan yang ditonjolkan oleh barisan muda ini dalam kempen " mencuri" tempat ke London adalah dengan taktik hantaran pendek dan larian pantas.
Taktikal sedemikian dilihat berkesan apabila barisan negara mampu menyekat lawan mereka , "Lubnan" yang mempunyai saiz jauh lebih besar semasa pertemuan pusingan kedua pra olimpik dan hampir mengejutkan skuad Chealsea yang menguji barisan muda ini pada 21 julai yang lalu biarpun tewas dengan jaringan kontroversi Didier Drogba 1-0.
Berbalik kepada isu skuad senior negara, Jurulatih sepatutnya sudah boleh menilai kemampuan para pemain dengan teknik yang amat meletihkan.
Melakukan serangan balas dengan larian pantas kemudian membuka permainan dengan corak hantaran jauh ke bahagian tepi padang masih rasional untuk digunakan biarpun fizikal pemain Malaysia bersaiz kecil.
Namun yang paling mengecewaskan ialah apabila pemain berulang kali melakukan hantaran silang yang tinggi kepada rakan yang dikawal dalam bahagian kotak panalti sebelum mudah dipatahkan lawan adalah perkara yang tidak seharusnya diamalkan selalu dalam permainan.
Pertahanan pula adalah "penyumbang" terbesar gol kepada pihak lawan dan kelemahan yang dilakukan mudah dihukum oleh pihak lawan.
Kombinasi yang diterajui oleh Muslim dan Aidil Zafuan gagal mengurangkan jumlah defisit gol dalam setiap perlawanan. Kelemahan ketara dalam bahagian ini ialah mereka sering diperkotak katikan apabila berdepan satu lawan satu dengan pihak lawan.
Akibatnya, begitu mudah untuk pihak lawan mengucar-kacirkan barisan pertahanan seperti yang dilihat dalam mana-mana perlawanan yang membabitkan skuad negara sebelum ini.
Oleh itu, diharap skuad kebangsaan yang dibentuk selepas ini dapat memperbaiki setiap kelemahan-kelemahan agar Malaysia tidak hanya berbangga di Asia Tenggara sahaja.
Lupakan kelemahan kita kepada " the Lions" dan seharusnya Malaysia berterima kasih kepada pasukan tersebut kerana "mangajar" sesuatu dalam dua perlawanan yang amat berguna untuk dijadikan iktibar pada masa akan datang.
Tewas dengan jumlah jaringan 5-3 pada perlawanan pertama bukanlah keputusan yang dimahukan apatah lagi kelima-lima jaringan tersebut tidak patut dilepaskan dengan mudah oleh barisan pertahanan negara.
Biarpun begitu, sudah tidak berguna untuk peminat merentapi kekalahan pasukan Malaysia di Tangan Singapura dengan agregat 4-6 kerana sudah menjadi satu kebiasaan pasukan yang dilabel pasukan pilihan menerima aib pada mana-mana perlawanan sekalipun.
![]() |
| aksi Safie Sali pada perlawanan pertama di stadium lawan |
Jika dinilai prestasi semasa Malaysia sejak muncul juara piala Suzuki AFF , bayangan kekecewaan skuad kebangsaan dalam edisi pra kelayakan piala dunia kali ini sudah dapat dibayangkan apabila kebanyakan negara menolak pelawaan F.A.M untuk mengadakan perlawanan persahabatan .
India, Iran, dan Loas antara negara dari senarai yang menolak permohonan F.A.M termasuk pasukan Filifina yang tidak memberi " reaksi" terhadap permohonan daripada badan induk bola sepak negara untuk mengadakan perlawanan persahabatan.
Sehinggalah perlawaan dari F.A.M diterima oleh Hong Kong pasukan kebangsaan sedikit boleh menarik nafas lega apabila masih ada negara yang sudi untuk menguji kekuatan anak didik Dato K. Rajagobal.
Itupun, Malaysia terpaksa mengadakan perlawanan sebanyak 2 kali berturut-turut dengan pasukan yang sama sebagai persediaan menghadapi pra kelayakan piala dunia sekaligus menutup aib daripada tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan langsung di peringkat antarabangsa apabila tawaran sebelum ini ditolak oleh negara lain.
Myanmar antara negara yang menjadi medan ujian skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa dengan Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 di Kota Bharu kelantan, itupun selepas terpaksa bertungkus lumus di atas padang yang becak akibat hujan sebelum perlawanan.
Kekurangan mengadakan ujian "perlawanan" dengan negara lain adalah jawapan mengapa Malaysia gagal untuk mengatasi Singapura . Ini kerana untuk membentuk keserasian yang ampuh pasukan harimau Malaya memerlukan lebih banyak perlawanan kompetetif.
Tekad Dato K Rajagobal mempertaruhkan barisan terbaiknya dalam ujian menentang 2 kelab besar EPL pula adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
Tewas 4-0 di tangan Arsenal sebelum dijinakkan 3-6 oleh satu kuasa besar kelab Eropah iaitu Liverpool ternyata membawa padah apabila pemain seperti Nor Idlan Talaha mengalami kecederaan jangka panjang dan faktor keletihan sudah pasti menghantui para pemain negara kerana mereka hanya ada selang beberapa hari sahaja pada waktu itu untuk pertemuan menentang Singapura pada perlawanan pertama.
Dua perlawanan berturut-turut yang diadakan terlalu hampir dengan tarikh pertembungan pra kelayakan piala dunia menentang pasukan jiran turut memberi ruang " selesa" untuk jurulatih Singapura, Radojko Avramovich mengintai kelemahan-kelamahan yang ada pada skuad kebangsaan melalui dua perlawanan yang diadakan.
Hasilnya, skuad The Lions mudah membolosi gawang negara dengan 4 gol dalam separuh masa pertama sebelum meledak gol kelima pada separuh masa kedua.
Mujur, Singapura tidak menambah gol ke-6 pada perlawanan tersebut dan jika ia berlaku sudah pasti The Lions akan lebih " riak" kerana mampu mengatasi jumlah jaringan seperti yang dilakukan Liverpool.
Taktikal yang diterapkan oleh Dato K Rajagobal juga antara jawapan mengapa Malaysia gagal membendung kekalahan di pusingan pertama dan menumpaskan Singapura di Perlawanan kedua.
Andai diteliti corak permainan Harimau Malaya, mereka gemar bermain dengan corak hantaran jauh dan tinggi terutama di dalam bahagian kotak panalti.
Hantaran jauh yang ingin dihantar kepada rakan sepasukan sering sahaja terkandas dan mudah dibaca oleh pihak lawan yang bersaiz lebih tinggi . Taktikal sedemikian hanya akan membawa padah apabila digunakan pada perlawanan penting menentang lawan yang mempunyai kelebihan fizikal seperti pemain-pemain "import" the Lions.
Jika dibandingkan dengan skuad Olimpik pasukan muda ini dilihat lebih "matang" melalui gaya permainan mereka berbanding pasukan senior. Taktikal yang diterapkan oleh Ong Kim Swee tampak lebih jitu dan mantap berbanding rakan sejawatnya Dato K Rajagobal.
Skuad Olimpik tidak menghampakan setakat ini apabila mereka layak untuk pusingan seterusnya dalam pra olimpik dan corak permainan yang ditonjolkan oleh barisan muda ini dalam kempen " mencuri" tempat ke London adalah dengan taktik hantaran pendek dan larian pantas.
Taktikal sedemikian dilihat berkesan apabila barisan negara mampu menyekat lawan mereka , "Lubnan" yang mempunyai saiz jauh lebih besar semasa pertemuan pusingan kedua pra olimpik dan hampir mengejutkan skuad Chealsea yang menguji barisan muda ini pada 21 julai yang lalu biarpun tewas dengan jaringan kontroversi Didier Drogba 1-0.
Berbalik kepada isu skuad senior negara, Jurulatih sepatutnya sudah boleh menilai kemampuan para pemain dengan teknik yang amat meletihkan.
Melakukan serangan balas dengan larian pantas kemudian membuka permainan dengan corak hantaran jauh ke bahagian tepi padang masih rasional untuk digunakan biarpun fizikal pemain Malaysia bersaiz kecil.
Namun yang paling mengecewaskan ialah apabila pemain berulang kali melakukan hantaran silang yang tinggi kepada rakan yang dikawal dalam bahagian kotak panalti sebelum mudah dipatahkan lawan adalah perkara yang tidak seharusnya diamalkan selalu dalam permainan.
Pertahanan pula adalah "penyumbang" terbesar gol kepada pihak lawan dan kelemahan yang dilakukan mudah dihukum oleh pihak lawan.
![]() |
| Hanya tinggal kenangan |
Akibatnya, begitu mudah untuk pihak lawan mengucar-kacirkan barisan pertahanan seperti yang dilihat dalam mana-mana perlawanan yang membabitkan skuad negara sebelum ini.
Oleh itu, diharap skuad kebangsaan yang dibentuk selepas ini dapat memperbaiki setiap kelemahan-kelemahan agar Malaysia tidak hanya berbangga di Asia Tenggara sahaja.
Lupakan kelemahan kita kepada " the Lions" dan seharusnya Malaysia berterima kasih kepada pasukan tersebut kerana "mangajar" sesuatu dalam dua perlawanan yang amat berguna untuk dijadikan iktibar pada masa akan datang.
Monday, July 25, 2011
Barisan Pertahanan Terlalu Rapuh
Kekalahan mudah pasukan kebangsaan 3-5 kepada pasukan Singapura sabtu lalu perlu dijawab segera oleh barisan pemain negara yang kelihatan terlalu " goyah" dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan piala dunia.
Biarpun, Malaysia mendahului seketika dengan jaringan Safie Sali ketika permainan baru berusia 30 saat ,jaringan tersebut tidak langsung memberi kelebihan untuk Malaysia menambah gol sebaliknya tuan rumah yang bermain dengan rentak permainan pantas bijak menghukum kerapuhan benteng negara untuk Singapura dihadapan dengan jaringan 4-1.
Padang rumput tiruan yang digunakan pada perlawanan kali ini sedikit " membunuh" tempo permainan Malaysia yang gagal menunjukkan aksi sebenar seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.
Nasib malang skuad negera berterusan apabila kepten pasukan Syafiq Rahim dibuang padang gara-gara menerjah pemain lawan.
Namun peluang itu gagal dimanfaat pemain Singapura untuk terus menambah gol sebaliknya tidak beberapa lama selepas itu pemain mereka juga dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua perlawanan.
Hanya selepas pemain gantian Hadi Yahaya dimasukkan oleh Dato k Rajagobal permainan tampak seimbang semula apabila pemain gantian tersebut membalas kepercayaan yang diberikan dengan meledak gol kedua untuk Malaysia menjadikan kedudukan 2-4.
Malaysia terus mengasak kubu singapura yang akhirnya membuahkan hasil apabila Safie Sali berjaya merapatkan kedudukan 3-4 apabila rembatan kencangnya gagal ditangkap oleh penjaga gol lawan.
Jaringan tersebut ternyata menaikkan semangat pemain untuk mencari gol penyamaan namun barisan pertahanan sekali lagi begitu menghampakan apabila melepas gol yang begitu mudah untuk membenarkan Singapura menang bergaya 5-3.
Begitupun, jurulatih Dato K Rajagobal masih mempunyai masa untuk merombak barisan pertahanan sebelum perlawanan kedua rabu ini 28 hb julai di Stadium Bukit Jalil.
Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 tanpa melepaskan gol sekiranya menyimpan harapan untuk mara pusingan ke-3 pra piala dunia.
Biarpun, Malaysia mendahului seketika dengan jaringan Safie Sali ketika permainan baru berusia 30 saat ,jaringan tersebut tidak langsung memberi kelebihan untuk Malaysia menambah gol sebaliknya tuan rumah yang bermain dengan rentak permainan pantas bijak menghukum kerapuhan benteng negara untuk Singapura dihadapan dengan jaringan 4-1.
Padang rumput tiruan yang digunakan pada perlawanan kali ini sedikit " membunuh" tempo permainan Malaysia yang gagal menunjukkan aksi sebenar seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.
Nasib malang skuad negera berterusan apabila kepten pasukan Syafiq Rahim dibuang padang gara-gara menerjah pemain lawan.
![]() |
| Rumput tiruan sedikit menyukarkan pemain negara beraksi dengan baik |
Hanya selepas pemain gantian Hadi Yahaya dimasukkan oleh Dato k Rajagobal permainan tampak seimbang semula apabila pemain gantian tersebut membalas kepercayaan yang diberikan dengan meledak gol kedua untuk Malaysia menjadikan kedudukan 2-4.
Malaysia terus mengasak kubu singapura yang akhirnya membuahkan hasil apabila Safie Sali berjaya merapatkan kedudukan 3-4 apabila rembatan kencangnya gagal ditangkap oleh penjaga gol lawan.
Jaringan tersebut ternyata menaikkan semangat pemain untuk mencari gol penyamaan namun barisan pertahanan sekali lagi begitu menghampakan apabila melepas gol yang begitu mudah untuk membenarkan Singapura menang bergaya 5-3.
Begitupun, jurulatih Dato K Rajagobal masih mempunyai masa untuk merombak barisan pertahanan sebelum perlawanan kedua rabu ini 28 hb julai di Stadium Bukit Jalil.
Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 tanpa melepaskan gol sekiranya menyimpan harapan untuk mara pusingan ke-3 pra piala dunia.
Thursday, July 7, 2011
KELANTAN MUNCUL JUARA LIGA SUPER 2011
![]() |
| Kelantan jura baru liga super 2011 |
Kelantan yang hanya perlu seri menentang sabah malam tadi tidak memberi laluan mudah kepada sabah untuk mencatat kemenangan di halaman sendiri .
Kejayaan tersebut terus menafikan hak Terangganu yang mengharapkan Sabah dapat mencipta kejutan untuk memberi ruang kepada mereka muncul juara selepas kejayaan membenam cabaran Felda United 6-2 .
Hajat Selangor yang mengharap tuah bakal mengiringi mereka dalam kempen kali ini juga tidak kesampaian apabila hanya sekadar seri 0-0 dengan pasukan Perak di Ipoh.
Dengan kejayaan malam tadi kelantan dinobatkan juara baru untuk liga super 2011 dengan mengutip 56 mata kesuluruhannya iaitu 17 menang, 5 seri dan tewas 4 kali.
Pahang dan perlis terus dirundung malam apabila terperosok dalam 2 pasukan terakhir musim ini selepas Pahang tewas kepada Kedah 1-0 dan Perlis tewas kepada Negeri Sembilan 2-0
Wednesday, July 6, 2011
F.A.M TERBURU-BURU
Sukan bola sepak negara bakal mengharungi detik kegelapan seperti sebelum ini setelah F.A.M berhasrat untuk mengambil semula "awang import" dalam kencah liga bola sepak tempatan.
Namun , semua itu tidak mampu bertahan lama setelah sukan bola sepak yang masih memerlukan masa untuk kembali meningkat seperti era 80 an telah direncatkan dengan keputusan F.A.M memasukkan semula pemain import bermula tahun 2012.
Biarpun, sejarah telah diukir dengan kejayaan skuad muda negara muncul juara sukan Sea di Loas, layak ke pusingan kedua Sukan Asia Di China dalam tempoh 32 tahun ,dan yang terbaru Malaysia muncul juara piala suzuki buat pertama kalinya setelah menyingkirkan Indonesia dengan agregat 4-2.
![]() |
| F.AM perlu mengkaji semula kemasukkan pemain import |
Alasan untuk memeriahkan liga Malaysia dan memberi pendedahan berguna kepada setiap pemain tempatan semestinya boleh dipertikai kerana F.A.M seakan lupa dengan era kegelapan yang diharungi oleh skuad kebangsaan sejak pemain import mula diperkenalkan dalam liga Malaysia.
Malaysia sering tewas dengan jumlah jaringan yang besar dalam kejohanan pra piala dunia mahupun pertandingan lain. Pembabitan skuad negara dalam kejohanan piala AFF sebelum ini juga sering mengecewakan apabila sudah acap kali Malaysia gagal untuk memenangi piala paling berprestej di Asia Tenggara .
Piala Asia 2007 sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah bersama dengan Indonesia, Vietnam dan Indonesia adalah sejarah paling mengaibkan untuk catatan kamus bola sepak negara. Tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dengan kekalahan 5-1 kepada China sebelum dipalit aib dengan kekalahan 0-5 kepada Uzbekistan dan tewas 0-2 kepada Iran ternyata coretan yang paling memalukan dalam kempen piala Asia.
F.A.M akhirnya membuat keputusan untuk tidak menggunakan pemain import sejak tahun 2009 yang akhirnya memberikan impak "segera" kepada prestasi pasukan kebangsaan apabila Malaysia mula menyerlah dengan menjadi johan dalam sukan Sea di Vientiane Loas serta menjadi johan piala Suzuki di Stadium Bung Karno Indonesia.
Keputusan yang dicatat oleh skuad negara ternyata begitu memberangsangkan dalam semua edisi termasuk dalam perlawanan persahabatan sekalipun dan faktor ini banyak dipengaruhi dengan perjalanan liga Malaysia yang tidak bergantung kepada pemain asing.
Malaysia juga berjaya mengurangkan defisit gol dalam setiap perlawanan persahabatan dengan kuasa besar Asia apabila Malaysia hanya tewas 2-1 kepada Arab Saudi ,seri 0-0 dengan china serta mampu mengejutkan syria dengan keputusan 4-1 dan turut menundukkan skuad b-23 korea selatan 1-0 di Bukit Jalil.
Seharusnya, F.A.M mengkaji dengan lebih teliti kesan kemasukkan pemain import dalam liga Malaysia kerana penyertaan pemain asing belum tentu dapat menaikkan mutu pasukan kebangsaan.
Sikap terburu-buru F.A.M dalam hal ini juga banyak dipengaruhi dengan pemilihan Sultan Ahmad Shah yang dinobatkan sebagai presiden terbaru persekutuan bolasepak Asean( AFF). Mungkin kerana malu dibanding-bandingkan liga tempatan dengan liga negara jiran yang lebih banyak bergantung kepada pemain import membuatkan pendirian F.A.M untuk tidak menggunakan pemain import sementara waktu tidak kekal lama.
Kehadiran pemain import juga akan menjadi lubuk "wang" kepada F.A.M apabila kantung wang mereka bakal dipenuhi dengan hasil jualan tiket ke stadium dan dalam masa yang sama masa depan skuad bola sepak bakal" kelam" dengan tindakkan drastik tersebut.

Jesteru itu. F.A.M diharap menilai semula keputusan yang telah dibuat kerana penyertaan pemain import masih belum sesuai untuk digunakan pada waktu ini. Khidmat pemain import mungkin boleh digunakan dalam tempoh 4 atau 5 tahun dari sekarang kerana ianya perlu setara dengan perkembangan skuad bola sepak negara.
Yang pasti, skuad negara memerlukan tempoh masa yang lama untuk menjadi pasukan yang benar-benar digeruni di pentas antarabangsa. Tempoh singkat yang kononnya bakal menaikkan imej negara dengan kemasukkan pemain import hanya merugikan masa depan skuad bola sepak negara jika ia digunakan bukan pada masanya.
Singapura sedia hadapi Malaysia
![]() | |
| Pemain-pemain Singapura |
Singapura yang dibimbing Rodjko Avramovic mudah menewaskan Maldive 4-0 dan mengatasi kelab Perancis yang berpangkalan di liga singapura, Etoil fc 2-1 .
Begitupun, Malaysia juga pernah menguji kelab Etoil fc dengan hanya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 berapa bulan yang lalu hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani.
Bertandang ke tempat lawan dengan rumput tiruan bakal menguji keupayaan skuad negara pastinya sesuatu yang bukan mudah dalam perlawanan pertama itu .
Kehadiran bebarapa tonggak baru yang menghiasi skuad Singapura bakal menambah sengat kepada corak permainan pasukan itu terutama sentuhan pemain import yang sebahagiannya adalah pemain utama pasukan tersebut.
Dalam pada itu, Harimau Malaya yang menerima tamparan hebat tewas kepada Taiwan 2-3 dalam aksi pertama pra piala dunia ingin bangkit segera dalam pertemuan menentang Singapura.
" Para pemain tidak menunjukkan persembahan sebenar pada pertemuan menentang Taiwan, tetapi kita akan bangkit semula selepas ini" ujar jurulatih skuad kebangsaan Dato K Rajagobal.
Perlawanan diantara Malaysia dan Singapura akan diadakan pada 23 dan 28 julai ini.
Tuesday, July 5, 2011
LAPORAN AKHBAR KOSMO PERLU DIPERTIKAI: JERSI BIRU SKUAD MALAYSIA
Prestasi semasa Malaysia yang meningkat naik selepas kejayaan muncul juara dalam Piala Suzuki Aff barangkali bukan atas faktor sumbangan para pemain sendiri.
Buktinya , laporan akhbar kOSMO yang mula mengaitkan kejayaan skuad negara adalah disebabkan tuah jersi biru berbanding jersi kuning yang memberikan keputusan hambar dalam setiap perlawanan yang ditempuhi.
Berbanding jersi biru yang kononnya banyak membawa tuah kepada pasukan Malaysia bukannya perkara yang boleh diambil ringan kerana perkara sebegini amat bersangkut paut dengan soal akidah umat islam.
Pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2010 menyaksikan Malaysia memakai jersi kuning dan tewas 1-5 kepada tuan rumah Indonesia di Jakarta.
Jersi kuning tidak lagi digunakan pada 2 perlawanan seterusnya sebaliknya pasukan kebangsaan bertindak menggunakan jersi biru dan ia berhasil apabila Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir setelah mengikat Thailand dengan keputusan 0-0 dan membenam Loas 5-1.
Aksi separuh akhir turut menguatkan kepercayaan segelintir pihak kepada tuah jersi biru apabila Malaysia yang turun dengan jersi sama berjaya menewaskan Vietnam di Bukit Jalil dengan kemenangan 2-0.
Berbeza pada separuh akhir kedua Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Vietnam di Hanoi apabila memakai jersi kuning.
kemenangan sekali lagi dirakam oleh skuad kendalian Dato K Rajagobal dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 dalam aksi final pertama sebelum tewas kepada pasukan sama 1-2 dalam aksi tibal balik di stadium lawan . Begitupun kejuaraan tetap milik Malaysia dengan kelebihan agregat 4-2.
Kepercayaan kepada tuah jersi biru ini diteruskan pada aksi perlawanan persahabatan tahun ini apabila Malaysia menwaskan Hong kong 2-0 di Kuala Lumpur sebelum seri 1-1 dengan Hong Kong di tempat lawan dan dengan mengenakan jersi biru skuad kebangsaan sekali lagi menang 2-0 ke atas Myanmar di kota Bharu.
keputusan seri 1-1 sebelum itu dalam aksi persahabatan menentang kelab Etoil Fc di singapura juga didakwa disebabkan jersi kuning .
kemenangan 2-1 ke atas Taiwan pada perlawanan pertama pra kelayakan piala dunia pula dikatakan angkara tuah jersi biru tersebut.
Seperti biasa Jersi kuning dipersalahkan apabila Malaysia tewas di tangan Taiwan 2-3 semasa bertandang ke tempat lawan. Namun Malaysia tetap mara dengan kelebihan jaringan tempat lawan sekalipun terikat dengan agregat 4-4.
Ternyata laporan akhbar tersebut mengaitkan Malaysia yang mengharungi 13 perlawanan sejak berakhirnya piala Suzuki Aff 2010 , 4 daripadanya berakhir dengan keputusan kurang "enak" dengan 2 seri dan 2 tewas apabila mengenakan jersi kuning.
kejayaan merangkul pingat emas dalam sukan SEA 2009 dan mara ke pusingan kedua sukan Asia 2010 setelah 32 tahun tidak layak juga dianggap " untung " yang ada pada jersi berwarna biru itu.
kepercayaan karut sedemikan seharusnya dipertikaikan kerana ia boleh merosakkan akhidah umat islam yang seharusnya bergantung kepada usaha dan percaya kejayaan yang datang hanyalah dari Allah .
Subscribe to:
Posts (Atom)