MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Monday, July 25, 2011

Barisan Pertahanan Terlalu Rapuh

Kekalahan mudah pasukan kebangsaan 3-5 kepada pasukan Singapura sabtu lalu perlu dijawab segera oleh barisan pemain negara yang kelihatan terlalu " goyah" dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan piala dunia.

Biarpun, Malaysia mendahului seketika dengan jaringan  Safie Sali ketika permainan baru berusia 30 saat ,jaringan tersebut tidak langsung memberi kelebihan untuk Malaysia menambah gol sebaliknya tuan rumah yang bermain dengan rentak permainan pantas bijak menghukum kerapuhan benteng negara untuk Singapura dihadapan dengan jaringan  4-1.

Padang rumput tiruan yang digunakan pada perlawanan kali ini sedikit " membunuh" tempo permainan Malaysia yang gagal menunjukkan aksi sebenar seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Nasib malang skuad negera  berterusan apabila kepten pasukan Syafiq Rahim dibuang padang gara-gara menerjah pemain lawan.

Rumput tiruan sedikit menyukarkan  pemain negara beraksi dengan baik
Namun peluang itu gagal dimanfaat pemain Singapura untuk terus menambah gol sebaliknya tidak beberapa lama selepas itu pemain mereka juga dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua perlawanan.

Hanya selepas pemain gantian Hadi Yahaya dimasukkan oleh Dato k Rajagobal permainan tampak seimbang semula apabila pemain gantian tersebut membalas kepercayaan yang diberikan dengan meledak gol kedua untuk Malaysia menjadikan kedudukan 2-4.

Malaysia terus mengasak kubu singapura yang akhirnya membuahkan hasil apabila Safie Sali berjaya merapatkan kedudukan 3-4 apabila rembatan kencangnya gagal ditangkap oleh penjaga gol lawan.

Jaringan tersebut ternyata menaikkan semangat pemain untuk mencari gol penyamaan namun barisan pertahanan sekali lagi begitu menghampakan apabila melepas gol yang begitu mudah untuk membenarkan Singapura menang bergaya 5-3.

Begitupun, jurulatih Dato K Rajagobal masih mempunyai masa untuk merombak barisan pertahanan sebelum perlawanan kedua rabu ini 28 hb julai di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 tanpa melepaskan gol sekiranya menyimpan harapan untuk mara pusingan ke-3 pra piala dunia.

No comments:

Post a Comment