MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Wednesday, July 6, 2011

F.A.M TERBURU-BURU

Sukan bola sepak negara bakal mengharungi detik kegelapan seperti sebelum ini setelah F.A.M berhasrat untuk mengambil semula "awang import" dalam kencah liga bola sepak tempatan.

Biarpun, sejarah telah diukir dengan kejayaan skuad muda negara muncul juara sukan Sea di Loas, layak ke pusingan kedua Sukan Asia Di China dalam tempoh 32 tahun ,dan yang terbaru Malaysia muncul juara piala suzuki buat pertama kalinya setelah menyingkirkan Indonesia dengan agregat 4-2.

F.AM perlu mengkaji semula kemasukkan pemain import
Namun , semua itu tidak mampu bertahan lama setelah sukan bola sepak yang masih memerlukan masa untuk kembali meningkat seperti era 80 an telah direncatkan dengan keputusan F.A.M memasukkan semula pemain import bermula tahun 2012.

Alasan untuk memeriahkan liga Malaysia dan memberi pendedahan berguna kepada setiap pemain tempatan  semestinya boleh dipertikai kerana F.A.M seakan lupa dengan era kegelapan yang diharungi oleh skuad kebangsaan sejak pemain import mula diperkenalkan dalam liga Malaysia.

Malaysia sering tewas dengan jumlah jaringan yang besar dalam kejohanan pra piala dunia mahupun pertandingan lain. Pembabitan skuad negara dalam kejohanan piala AFF sebelum ini juga sering mengecewakan apabila sudah acap kali Malaysia gagal untuk memenangi piala paling berprestej di Asia Tenggara .

Piala Asia 2007 sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah bersama dengan Indonesia, Vietnam dan Indonesia adalah sejarah paling mengaibkan untuk catatan kamus bola sepak negara. Tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dengan kekalahan 5-1 kepada China sebelum dipalit aib dengan kekalahan 0-5 kepada Uzbekistan dan tewas 0-2 kepada Iran ternyata coretan yang paling memalukan dalam kempen piala Asia.

F.A.M akhirnya membuat keputusan untuk tidak menggunakan pemain import sejak tahun 2009 yang akhirnya memberikan impak "segera" kepada prestasi pasukan kebangsaan apabila Malaysia mula menyerlah dengan menjadi johan dalam sukan Sea di Vientiane Loas serta menjadi johan piala Suzuki di Stadium Bung Karno Indonesia.

Keputusan yang dicatat oleh skuad negara ternyata begitu memberangsangkan dalam semua edisi termasuk dalam perlawanan persahabatan sekalipun  dan faktor ini banyak dipengaruhi dengan perjalanan liga Malaysia yang tidak bergantung kepada pemain asing.

Malaysia juga berjaya mengurangkan defisit gol dalam setiap perlawanan persahabatan dengan kuasa besar Asia apabila Malaysia hanya tewas 2-1 kepada Arab Saudi ,seri 0-0 dengan china serta mampu mengejutkan syria dengan keputusan 4-1 dan turut  menundukkan skuad b-23 korea selatan 1-0 di Bukit Jalil.

Seharusnya, F.A.M mengkaji dengan lebih teliti  kesan kemasukkan pemain import dalam liga Malaysia kerana penyertaan pemain asing belum tentu dapat menaikkan mutu pasukan kebangsaan.

 Sikap terburu-buru F.A.M dalam hal ini juga banyak dipengaruhi dengan pemilihan Sultan Ahmad Shah yang dinobatkan sebagai presiden terbaru persekutuan bolasepak Asean( AFF). Mungkin kerana malu dibanding-bandingkan liga tempatan dengan liga negara jiran yang lebih banyak bergantung kepada pemain import membuatkan pendirian F.A.M untuk tidak menggunakan pemain import sementara waktu tidak kekal lama.

Kehadiran pemain import juga akan menjadi lubuk "wang" kepada F.A.M apabila kantung wang mereka bakal dipenuhi dengan hasil jualan tiket ke stadium dan dalam masa yang sama masa depan skuad bola sepak  bakal" kelam" dengan tindakkan drastik tersebut.

Jesteru itu. F.A.M diharap menilai semula keputusan yang telah dibuat kerana penyertaan pemain import masih belum sesuai untuk digunakan pada waktu ini. Khidmat pemain import mungkin boleh digunakan dalam tempoh 4 atau 5 tahun dari sekarang kerana ianya perlu setara dengan perkembangan skuad bola sepak negara.

Yang pasti, skuad negara memerlukan tempoh masa yang lama untuk menjadi pasukan yang benar-benar digeruni di pentas antarabangsa. Tempoh singkat yang kononnya bakal menaikkan imej negara dengan kemasukkan pemain import hanya merugikan masa depan skuad bola sepak negara jika ia digunakan bukan pada masanya.



No comments:

Post a Comment