
Andai Jepun memandang rendah kepada barisan muda Malaysia pada perlawanan pertama pra kelayakan Olimpik 21 september nanti , pastinya satu kesilapan besar untuk barisan skuad matahari tersebut.
![]() |
Senarai kelab yang menguji Harimau Muda di Slovakia |
Skuad Olimpik Malaysia berada dalam landasan tepat untuk menyerlah dalam saingan kali ini dimana Jepun, Syria, dan Bahrain antara lawan yang perlu dijinakkan sekiranya mahu mencuri tempat ke sukan Olimpik di London 2012 tahun depan.
Pakistan dan Lubnan masing-masing telah ditunjukkan jalan keluar pada saingan sebelum ini dan kemaraan Malaysia pada aksi peringkat kumpulan sedikit " mencemaskan" jurulatih skuad samurai yang beranggapan kehadiran Malaysia merupakan satu ancaman ketika ditemu ramah wartawan sewaktu undian peringkat kumpulan yang berlangsung di rumah AFC sebelum ini
![]() |
Malaysia wakil tunggal dari Asia Tenggara |
Anak didik Ong Kim Swee sudah mula mempamerkan kematangan dalam setiap perlawanan yang ditempuhi termasuk 5 kemenangan dan 2 kekalahan daripada 7 perlawanan persahabatan menentang kelab di Slovakia.
Bukan sekadar mempamerkan peningkatan sebaliknya skuad kali ini sudah berubah wajah apabila 3 daripada pemain harimau muda ini dilamar oleh sebuah kelab di sana iaitu Vion Fc yang pastinya bakal menambahkan lagi kekuatan sedia ada sebelum bermulanya perlawanan pertama ini.
Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadli shas antara pemain yang bakal beraksi sebagai pemain pinjaman di sana selama 3 bulan dan sekiranya berpuas hati pasukan kelab tersebut akan mengikat mereka dengan kontrak baru.
Pengalaman berguna ini sudah pasti menjadi satu tonik berguna kepada 3 pemain tersebut mengasah dengan lebih mendalam bakat yang sedia ada sekaligus diharap mampu membantu skuad Olimpik kali ini melangkah dengan lebih jauh.
Corak dan taktikal yang diterapkan oleh Ong Kim Swee dalam pasukan ini tidak banyak berubah selepas mengatasi 2 halangan sukar pada pertemuan pusingan pertama dan kedua tahun ini dengan taktik hantaran pendek dan lorongan bola di depan gol menjadi taruhan terbaik buat menumbangkan lawan .
Barisan serangan juga memiliki kualiti yang tersendiri apabila gerakan yang dilakukan dilihat memenuhi tuntutan cabaran arena antarabangsa apabila pemain bijak menghidupkan gerakan tersusun di depan pintu gol lawan, mengelirukan lawan dengan skill individu termasuk kemampuan malakukan percubaan jauh yang berbahaya.
keputusan mengugurkan 5 pemain pula iaitu Affize Ismail, Sasikumar, Fakri saarani dan Azrul Azmi dan Gary Steveni dilihat jalan tepat oleh Ong Kim Swee bagi meperkukuhkan skuadnya kali ini. Namun keputusan menggugurkan Gary agak diluar jangkaan kerana pemain yang berasal dari Kulim ini dilihat tonggak utama yang menghidupkan barisan tengah dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.
Pemain ini juga memiliki larian pantas, disamping mempunyai skill individu dan kawalan bola yang agak kemas serta bijak mengumpan bola kepada barisan serangan. Bagaimanapun, sudah pasti Ong Kim Swee memiliki jawapan tersendiri mengapa beliau membuat keputusan sedemikian rupa.
Pontensi yang ada dalam skuad kali ini begitu besar jika dibandingkan dengan skuad olimpik pada tahun-tahun sebelumnya. Kekuatan sebenar mereka ialah semangat juang yang tinggi dan tidak dapat dinafikan lagi faktor inilah yang melatakkan Malaysia dalam 12 kolompok terbaik Asia ketika ini.
Bagaimanapun, Jepun yang akan beraksi di halaman sendiri bukanlah pasukan yang mudah untuk ditumbangkan . Pasukan ini terlalu mantap jika mahu dibandingkan oleh Malaysia kerana kekuatan pasukan ini seimbang pada setiap posisi .
Jepun merupakan sebuah pasukan serba boleh yang begitu kaya dengan pengalaman , kejayaaan pasukan senior mereka muncul juara Asia menewaskan Australia di Qatar tahun lepas , serta status juara piala dunia yang dirangkul pasukan bola sepak wanita Jepun sudah tentu menyemarakkan lagi semangat pasukan olimpik tersebut untuk turut mencipta nama sebagai wira kebanggan seluruh rakyat di sana..
![]() |
Vion Fc |
Hanya tinggal beberapa minggu sebelum menjelang tarikh keramat 21 september yang begitu dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan.
Tiada yang mustahil untuk dilakukan jika Harimau Muda benar-benar komited untuk muncul" watak" baru dalam edisi Olimpik London tahun hadapan.
Persiapan rapi yang telah dibuat hampir 3 tahun merupakan kesungguhan F.A.M dalam merencanakan misi ke Olimpik tahun depan. Skuad ini juga telah didedahkan dengan begitu banyak perlawanan antarabangsa serta diberi pelbagai pendedahan lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan pasukan ini begitu disenangi badan induk bola sepak negara yang memasang harapan mahu melihat anak-anak muda ini melakar sesuatu di pentas antarabangsa
Kini Harimau Muda bukan lagi pasukan mentah yang mudah untuk diperbudakkan oleh gergasi bola sepak sebaliknya pasukan ini hanya menunggu masa untuk sekali lagi mencipta sejarah .
No comments:
Post a Comment