MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Wednesday, April 4, 2012

PASUKAN DAN PENGURUSAN SAMA-SAMA LEMAH!












Hanya kerana mengkritik mutu bola sepak kebangsaan demi kebaikkan bersama Tan Sri Annuar Musa terpaksa menelan hakikat bahawa mutu pengurusan F.A.M adalalah lebih teruk dan terkebelakang.

Kemelut timbalan presiden F.A.M itu selesai setelah masyuarat memutuskan hukuman digantung selama dua setengah tahun.

Namun, peminat tegar bola sepak di luar sana tidak perlu gusar dengan hukuman tersebut kerana F.A.M bakal merasai sendiri hukuman yang mereka telah jatuhkan kepada Tan Si Annuar Musa.

Hukuman yang dimaksudkan ialah Malaysia bakal disingkirkan awal pada pusingan Akhir piala Suzuki 2012 tahun ini sekaligus membuatkan F.A.M dipalit aib yang berterusan dari para penyokong.

Mengimbas kembali ulasan yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa, beliau hanya mengkritik kemerosotan skuad kebangsaan sejak akhir-akhir ini.

Ulasan yang dibuat oleh beliau tepat pada masanya kerana bukan skuad olimpik negara sahaja yang memperlihatkan kemerosotan mendadak dalam saingan kelayakan Olimpik malah skuad negara bimbingan K Rajagobal juga semakin hilang punca dalam setiap perlawanan yang diharungi.

Buktinya skuad kebangsaan hanya mampu menang 1-0 ke atas Sabah dan seri 1-1 bertemu Filifina dan Serawak.

pihak Media pula tidak ubah seperti talam dua muka apabila terus memuji skuad bimbingan skuad K Rajagobal dengan menyokong alasan juulatih tersebut iaitu ingin menguji pemain-pemain baru.

Sedangkan, pihak media juga akan mengkritik sehabis-habisan apabila skuad negara tewas dalam perlawanan-perlawanan penting.

Oleh itu, pihak media diharap dapat menyedarkan jurulatih kebangsaan bahawa skuad negara berada di landasan yang salah untuk meneruskan rentak kejayaan dalam piala Suzuki andai mutu permainan masih di tahap lama.

Skuad kebangsaan mungkin bakal dimalukan di tempat sendiri dalam saingan kali ini kerana belum menunjukkan prestasi yang menakjubkan.





( Filifina watak baru bola sepak Asean)

Juara piala Suzuki pada tahun ini lebih terarah kepada pasukan Vietnam yang berada di ranking 98 Fifa dan juga pasukan Filifina yang semakin matang dalam setiap perlawanan.

Myanmar juga berada di tahap terbaik dengan penekanan pasukan muda mereka oleh pihak pengurusan di samping Thailand yang mahu merampas kembali kejuaraan kali ini.

Bagi skuad kebangsaan yang berada di ranking 152 Fifa pula terus menimpa malang yang berterusan. Bukan sahaja aksi di atas padang tidak konsisten , malah kelemahan pihak pengurusan dalam membangunkan bola sepak negara juga semakin memburukkan keadaan.


Artikel yang termaktub dalam Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III) dilihat kebal dalam menjaga nama baik pihak pengurusan.Ini kerana selain Presiden dan Setiusaha agung, semua pekerja dalam F.A.M adalah tidak dibenarkan untuk menyentuh isu-isu sensitif berkaitan skuad kebangsaan.

Justeru itu,undang-undang "kolot" sedemikian sepatutnya ditukar dan diganti dengan undang-undang yang lebih adil dan saksama kepada semua pihak.

Sunday, November 20, 2011

TIADA MASALAH UNTUK MALAYSIA









Jakarta- Kurang dari 24 jam dari sekarang pertembungan dua musuh seteru bola sepak bakal menghitung nasib bagi menentukan pasukan manakah yang lebih layak dinobatkan sebagai gergasi Asia Tenggara .

Turun selaku 12 pasukan terbaik Asia skuad Harimau Muda sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk sekali lagi "membenam" Indonesia di pentas akhir sukan Sea kali ini.


Ketika Indonesia, Singapura dan Thailand telah disingkirkan oleh lawan masing-masing pada kelayakan pusingan kedua olimpik pasukan negara pula terus gah meneruskan cabaran dengan melayakkan diri bersama-sama gergas Asia Korea Selatan dan Jepun untuk beraksi pada pusingan akhir peringkat kumpulan .

Jika dibandingkan dengan pasukan lain pada saingan Sukan Sea kali ini skuad Ong Kim Swee jelas memiliki "karakter" tersendiri.

Kekuatan sebenar pasukan ini tidak perlu dinafikan lagi dimana pertahanan adalah faktor utama skuad muda ini mampu mara jauh serta menghalang pasukan gergasi Asia lain seperti Jepun untuk membolosi gawang negara dengan jumlah jaringan besar.

Perkara ini turut diakui pasukan lain dimana posisi pertahanan adalah sistem terbaik yang dimiliki skuad Harimau Muda setakat ini.

" Mereka ( Malaysia ) mempunyai sistem pertahanan yang tersusun dan mantap. Pasukan ini bertahan sebagai satu pasukan dan menyerang juga sebagai satu pasukan"

Kata-kata tersebut diluahkan sendiri oleh jurulatih Lubnan setelah pasukan negara teluk tersebut disingkirkan 2-1 melalui agregat di tangan Malaysia pada kelayakan pusingan kedua Olimpik pertengahan tahun ini.

Jika Indonesia sudah mempunyai formula untuk memecahkan tembok tebal pertahanan negara ianya masih belum cukup untuk meletakkan pasukan itu dalam keadaaan selesa.

Sang Garuda juga harus mempunyai formula untuk menyekat setiap asakan Malaysia yang sememangnya diakui mampu "meledak" setiap masa .

Syahrul Azwari, Wan Zaharulnizam, Irfan Fazail, Baddrol Bakktiar, Fandi Othman, Fakri Saarani dan Izzaq Faris antara nama yang perlu diberi perhatian andai Indonesia tidak mampu kecewa buat kali kedua.

Rangkaian corak serangan Malaysia tidak perlu dibimbangkan lagi kerana skuad Harimau Muda dilihat tidak ketandusan pemain untuk menjaringkan gol.

Jika diteliti dari perlawanan pertama bermula pertemuan menentang Singapura sehingga peringkat separuh akhir bertemu Myanmar jentera serangan Malaysia semakin matang dengan nama pemain berbeza yang menjaringkan gol.

Setakat ini sudah 5 pemain memahat nama selaku penjaring di pentas saingan Sukan Sea di bumi Indonesia dengan Baddrul Bakhtiar telah menjaringak 3 gol diikuti Izzaq Faris dengan 2 jaringan termasuk Wan Zaharulnizam, Syahrul Azwari serta Fakri masing-masing dengan sumbangan 1 gol.

Biarpun, dilaporkan Ong Kim Swee tidak boleh menggunakan khidmat pemain sayap lincah iaitu Wan Zaharulnizam serta penyerang Izzaq Fariz akibat kecederaan namun keupayaan para pemain lain tidak harus dipertikai.



( Izzaq dilapor mengami kecederaan)

Walaupun masih belum menjaringkan sebarang gol setakat ini tetapi kelibat Irfan Fazail selaku pemain tengah menyerang tetap ditagih oleh Ong Kim Swee untuk mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Indonesia sekaligus membuka ruang untuk pemain lain mencipta gol.

Anak kelahiran Pontian Johor ini telah membuktikan sentuhan pemusnahnya setelah menjaringkan gol pada peringkat saingan kelayakan Olimpik ketika pertemuan Malaysia menentang Pakistan dan Lubnan.

Pemain ini juga kerap kali menghadirkan gerun pada pihak lawan dengan gerakan-gerakan lincah yang mengelirukan serta mampu menghasilkan gol jarak jauh.

Justeru sudah tiba masanya untuk Irfan membuktikan "ketajaman" penyudahnya masih lagi berbisa tatkala Ong Kim Swee masih lagi gusar dengan beberapa kecedaraan yang dialami oleh beberapa orang tonggak utamanya.

Jika Harimau Muda mampu membenam cabaran Indonesia pada pertemuan malam ini dihadapan para penyokong fanatik mereka satu lagi sejarah tersendiri bakal terukir.

Diundi dalam kumpulan sukar bersama-sama Thailand, Singapura Kemboja dan tuan rumah Indonesia bukanlah satu tugasan mudah untuk mana-mana jurulatih.

Selain mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini jurulatih Ong Kim Swee juga seharusnya diperakui oleh semua pihak selaku jurulatih terbaik pernah dimiliki negara ketika ini.

Diuji dengan pelbagai ujian sejak pertemuan menentang Indonesia di peringkat kumpulan termasuk tidak dibenarkan meraikan kejayaan bersama-sama pemainnya sewaktu kejayaan Malaysia melangkah ke final tidak mampu diubati oleh Ong Kim Swee melainkan ditebus dengan meraikan kejayaan anak-anak buahnya menewaskan tuan rumah sekali lagi pada pertemuan malam ini.


Wednesday, November 2, 2011

SKUAD SUKAN SEA TETAP MANTAP

Kelana Jaya- Senarai akhir pemain yang diumumkan oleh Ong Kim Swee bagi menghadapi sukan SEA kali ini tetap pilihan terbaik biarun tanpa kelibat penyerang sedang "meningkat" naik , Wan Zack Haikal Wan Nor.

Muhammad Zamir Selamat, Mohammad Aziz Ismail, Muhammad Syazwan Zainon, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, Mohd Izuan Solahudin dan Ruben Thayaparan Kathrilla antara nama yang digugurkan oleh pengendali skuad ini berdasarkan prestasi semasa para pemain.

Walaupun skuad kali ini tidak dihiasi oleh pemain yang berperanan sebagai senjata pemusnah seperti Wan Zack dan Gary Steven Robbat namun bagi pengendali harimau muda Ong Kim Swee, beliau tetap optimis peluang pasukannya dalam kejohanan ini .

Pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani dan Syahrul Azwari Ibrahim menjadi taruhan pengendali tersebut bagi menggempur pertahanan pihak lawan.

Kehadiran semula Badrol Bakhtiar tepat pada masanya kerana pemain yang terkenal dengan sifat "peramah" itu mampu menjadi peladak berbisa di hadapan gol sebagaimana yang dibuktikannya sewaktu beraksi pada kejohanan sama dua tahun lalu.

Prestasi konsisten pemain tersebut setakat ini tidak perlu diragui setelah berjaya menghasilkan gol bersama skuad Kedah dalam aksi Piala Malaysia tahun ini sebelum pasukan tersebut disingkirkan apabila hanya mengutip 7 mata. Beliau juga beraksi cemerlang bersama skuad ini dengan menjaringkan gol dalam piala VFF di Vietnam sewaktu Malaysia menewaskan Myanmar 2-1 dan menjaringkan gol penyamaan untuk seri 1-1 menentang Vietnam.


( Malaysia menduduki tempat ke-3 pada kejohanan Jemputan di Vietnam )



Sepakan percuma anak jati Kedah ini juga mampu menghasilkan sesuatu andai jentera serangan buntu mencari gol.

Sementara itu,penyertaan Yong Kuan Yong yang dipanggil untuk menyertai pasukan ini memberikan lebih banyak pilihan kepada Kim Swee untuk mengisi posisi serangan andai ada antara pemainnya yang cedera kelak.

Selain mampu beraksi dengan baik di bahagian tengan Yong Kuan Yong juga mampu beraksi di bahagian serangan.

Aksi cemerlang Mohamad Fandi Othman dan Syahrul Azwari Ibrahim juga berada pada tahap terbaik setelah memainkan peranan besar membantu Harimau Muda dalam kejohanan piala VFF serta perlawanan persahabatan yang ditempuhi sebelum ini.

Pada perlawanan persahabatan sebelum ini, Harimau Muda berjaya mencatat keputusan positive setelah menewaskan Nepal dengan keputusan 2-0 dan menang 4-1 ke atas Loas .

Terdahulu Malaysia sempat menguji kekuatan pada kejohanan jemputan di Vietnam dengan mencatat kekalahan 1-3 kepada Uzbekistan, menang 2-1 ke atas Myanmar dan seri 1-1 menentang tuan rumah Vitnam untuk menduduki tempat ke-3 .

Skuad kebangsaan diundi dalam kumpulan A bersama-sama tuan rumah Indonesia serta turut menampilkan Thailand, Singapura dan Kemboja.

Untuk aksi pembukaan Malaysia bakal diuji Singapura pada hari isnin ini di Jakarta.

Friday, October 14, 2011

BERIKAN HARIMAU MALAYA PELUANG: INDIA VS MALAYSIA




WISMA- Dua perlawanan pada 13 dan 16 menanti skuad Malaysia pada november depan bakal menjadi kayu pengukur tahap keupayaan sebenar pasukan ini setelah tewas pada perlawanan terbaru 5-0 kepada Australia.

Walaupun masih ada sebilangan pihak yang mempertahankan keputusan memalukan itu namun ujian menentang pasukan kurang ternama India pasti menggamit "kerisauan" kepada kem kebangsaan andai mengulangi kesilapan sama pada pertemuan kali ini.

Persepsi " takuk" lama sebilangan penyokong tegar pasukan Malaysia seharusnya dibuang kerana sering menggangap perbezaan ranking sebagai punca skuad negara tewas kepada mana-mana pasukan terbaik dunia sebagaimana kekalahan terbesar Malaysia di Canberra sebelum ini.

Alasan seperti itu tidak berasas sama sekali kerana kemenangan atau kekalahan setiap pasukan adalah terletak kepada "komitmen" tinggi para pemain selain kaedah taktikal dan strategi yang digunakan.

Justeru ,pertemuan menentang India di ranking 163 berbanding Malaysia pada ranking 147 mungkin ibarat "menjilat semula ludah sendiri" kepada sebilangan penyokong tegar ini sekiranya pasukan negara masih tidak mampu mencatat sebarang keputusan positive di Stadium Indira Gandhi Athletic dan stadium Salt Lake .



( Benteng pertahanan posisi paling rapuh)


Meskipun begitu, Harimau Malaya sudah pasti mahu bangkit dari 5 kekalahan sebelum ini setelah tunduk 2-3 kepada Taiwan dan 3-5 di tangan Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia.

Skuad negara turut tewas sebelumnya kepada Arsenal 4-0 dan 6-3 kepada Liverpool sebelum giliran Australia menambah koleksi gol apabila mudah menundukkan Malaysia 5-0 pada 7 oktober lalu dengan purata 23 gol dilepaskan oleh benteng pertahanan.

Mengulas laporan akhbar KOSMO pada 11/ 10/2011 yang memaparkan kerapuhan benteng pertahanan membabitkan pemain-pemain yang hampir sama dalam setiap perlawanan seperti Muslim Ahmad ,Mahali Jasuli, Mohd. Zubir Azmi, Aidil Zafuan Abdul Razak, Asraruddin Putra Omar, Norhafiz Zamani Misbah dan Mohd Fadhli Shas ada kebenarannya.

Prestasi pemain-pemain ini sukar diramal kerana ada masanya persembahan mereka amat konsisten dan adakalanya tidak.

Sekiranya sebelum ini Dato K Rajagobal pernah mencuba pemain baru di posisi lain seperti kemasukkan Yong Kuong Yong dan Ismail Faruqi di posisi serangan, Wan Zaharul Nizam di posisi sayap, Joselph Kalang Tie di posisi tengah kini sudah tiba masanya untuk jurulatih tersebut mencuba pula gandingan pemain baru di posisi pertahanan.


( Setiap pemain perlu diberikan peluang)


Pemain pertahanan yang mampu menampung kelamahan benteng negara tidak semestinya mewakili pasukan-pasukan elit tanah air seperti Kelantan, Selangor ,Negeri Sembilan mahupun Terangganu.

Sebaliknya Dato K Rajagobal perlu bersikap lebih telus dalam memilih setiap pemain berkualiti yang turut beraksi di pentas saingan Liga Perdana ataupun mewakili kelab kurang ternama.


( Pemain beraksi di liga perdana wajar perhatian)


Tiada istilah "pilih " kasih dengan hanya menumpukan kepada pemain yang mewakili pasukan -pasukan handalan sedangkan pemain yang berkhidmat untuk kelab-kelab lain diabaikan tanpa diberikan peluang untuk dipanggil menyertai kem latihan.

Kempen piala Malaysia yang sudah masuk fasa separuh akhir juga adalah pentas terbaik buat K Rajagobal menilai setiap pemain berkebolehan terutamanya di posisi tengah dan pertahanan.

Bagi perlawanan ujian terbaru melayani tuan rumah nanti pasukan kebangsaan perlu lebih bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan selapas kedua -dua pasukan bertemu untuk kali terakhir pada tempoh 4 tahun sebelum ini.

Sikap memandang enteng tuan rumah pasti membawa padah kerana skuad ini bukanlah calang-calang pasukan untuk ditundukkan.

Kejayaan pasukan ini melayakkan diri dalam saingan piala Asia 2011 membuktikan India juga sebuah pasukan yang sedang meningkat naik meskipun belum pernah melakar kejutan untuk mara lebih jauh.

Kehadiran pasukan ini pada kempen piala Asia di Qatar menyaksikan mereka tewas dalam kesemua perlawanan apabila tumbang di tangan Australia 4-0, tewas kepada Korea Selatan 4-1 dan ditunjukkan jalan keluar oleh Bahrain dengan keputusan 5-2.


( India juga mempunyai kelebihan dari segi saiz fizikal pemain )

Meskipun begitu harus diingat India adalah juara untuk saingan di Asia Selatan dan turut mengecewakan Syria di final piala Nehru pada tahun sebelumnya.

Biarpun pertemuan ini sekadar perlawanan persahabatan tetapi ia adalah medan terbaik buat Harimau Malaya mencari semula rentak permainan tersusun dan pantas sebagaimana pernah dilakukan pada kejohanan Piala Suzuki pada tahun lalu.

Buktinya, Malaysia mampu mengetepikan 3 pasukan terbaik di Asia Tenggara iaitu Thailand, Vietnam dan juga Indonesia.

Jika 2 perlawanan menentang juara Asia Selatan itu mampu direalisasikan dengan nokhtah kemenangan pastinya ia mampu menaikkan semula moral pemain yang terjejas setelah beberapa kekalahan sebelum ini.

Untuk rekod pertemuan Malaysia sekadar seri 1-1 bertemu India setelah jaringan penyamaan oleh Indra Putra Mahayuddin menjadi penyelamat pasukan daripada tewas pada tahun 2008.




Sunday, October 9, 2011

SELAMAT TINGGAL PIALA SUZUKI AFF 2012



Kuala Lumpur- Episod malang terus menyelubungi kisah bola sepak Malaysia apabila kali ini tanpa diduga skuad negara mudah dibolosi dengan 5 gol tanpa ada semangat "melawan" sewaktu pertemuan menentang Australia baru-baru ini.

Keputusan tewas dengan angka jaringan besar kepada pasukan terbaik dunia itu mungkin boleh dimaafkan tetapi persembahan anak-anak buah K Rajagobal ternyata terlalu lemah longlai sehinggakan setiap gerakkan tidak berupaya menterjemahkan sebarang "ancaman" kepada kubu skuad the Socceroos.

Berbanding Thailand yang tewas hanya dengan keputusan 1-2 kepada pasukan sama, skuad tersebut semakin garang dengan corak permainan yang lebih pantas dan kemas sekaligus memberikan amaran kepada harimau Malaya supaya bersiap sedia untuk melepaskan gelaran juara piala AFF .

Thailand pastinya bakal tampil dengan pasukan yang lebih mantap untuk saingan piala AFF tahun hadapan bagi menembus kehampaan setelah gagal untuk mara ke peringkat separuh akhir tahun lepas buat kali pertama sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1996.

Berbalik kepada persembahan skuad negara di stadium Canberra semuanya ternyata serba tidak menjadi dengan percaturan Dato K Rajagobal yang berlagak "pandai" dengan memasukkan beberapa nama baru yang masih mentah dan dalam masa yang sama beliau bertindak menyingkirkan bebarapa muka lama yang berpontensi tinggi .


Tindakkan berani pengendali tersebut sudah pasti perlu dipersoalkan kerana kemasukan beberapa nama baru dalam skuad kali ini dalam tempoh latihan yang singkat seakan mahu menutup kelamahannya dalam merencanakan sesuatu pada pertemuan tersebut.

K Raja pasti boleh memberi alasan bahawa skuadnya yang tewas dengan jumlah yang besar disebabkan beliau tidak menurunkan beberapa tonggak utama dan perlawanan baru-baru ini sekadar bagi menguji pemain.

Untuk menguji kemampuan pemain baru sudah pasti tidak salah malah tindakkan sebegitu harus diberikan pujian namun meletakkan beberapa pemain baru dalam tempoh latihan singkat serta kurang perlawanan kompetetif sebelum melayan pasukan kelas " A" ianya sesuatu yang tidak boleh diterima.

Kelamahan ketara pada barisan tengah jelas menggambarkan Dato K Raja kurang bijak dalam memilih pemain bagi mewakili skuadnya.

Pemain seperti Joseph Kalang Tie, K gurusamy di bahagian tengah langsung tidak memberikan impak bagi membantu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha bagi menggempur lawan.

Malah lebih memalukan bahagian pertahanan turut terkial-kial bagi membendung asakkan the socceroos sehinggakan tiada langsung pemain yang " bertindak" menggangu pemain lawan dari membuat hantaran mahupun percubaan.


( Benteng pertahanan terlalu "lemah")

Para pemain hanya melihat dan menunggu bola sedangkan beberapa pemain Australia sudah bersedia untuk menerima hantaran terus dari rakan sepasukan untuk menterjemahkanya dengan gol.

Bukan mahu menidakkan keupayaan jurulatih tersebut yang sudah menyumbangkan beberapa kejayaan penting kepada negara sebelum ini tetapi keputusan untuk "mencuba" pemain menggambarkan beliau sebenarnya sudah hilang kredilibiti sebagai jurulatih yang profesional.


( Khairul Fahmi bolos 5 gol)

Berita kehebatan Safee Sali pula dalam usaha memikat pengurus Cardiff yang tersebar luas ke pelbagai negara tidak lebih sekadar indah khabar dari rupa.

Apa tidaknya, ketika kehebatan anak jati Malaysia ini menjadi tumpuan pelbagai pemerhati dari seluruh dunia pasukan Malaysia pula yang diwakilinya langsung tidak mempamerkan watak selaku jura AFF 2010 .

Mangsa kritikkan sudah pasti hanya terarah kepada beliau kerana gagal membuktikan kehebatan seperti yang dihebohkan media sedangkan kelemahan sebenar adalah dari pemain di bahagian pertahanan serta tengah yang gagal menggerakkan jentera serangan.

Meskipun begitu, masih ada masa untuk kem kebangsaan memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada setiap posisi dalam pasukan.

Tempoh rehat lama selepas ini amat sesuai untuk menguji pemain bukan menguji pada perlawanan kelas " A" seperti sebelum ini yang hanya mengaibkan pasukan .

K. Rajagobal yang sangat terkenal dengan alasan mahu " membina pasukan mantap" serta kerap membandingkan Malaysia dengan pelbagai pasukan handalan lain seperti Spainyol, Real Madrid dan pelbagai lagi mungkin sudah boleh berkira-kira untuk melepaskan jawatan sekiranya sudah "kontang" idea dalam mengendalikan skuad Harimau Malaya.





Monday, September 12, 2011

MISI BALAS DENDAM- PREVIEW PERAK VS KEDAH MALAM INI







13 september, IPOH- Igauan dimalukan Kedah pada kempen liga super musim ini di Stadium sendiri masih menghantui kem Perak tatkala kedua-dua pasukan tersebut bertembung sekali lagi pada malam ini .

Kekalahan 3-1 di tangan kedah pada aksi liga super musim ini telah mencalarkan rekod bersih Perak di halaman sendiri kerana skuad Seladang itu masih belum pernah tewas kepada mana-mana pasukan apabila bermain di hadapan penyokong setia mereka.

Namun, Perak yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ketas Johor yakin pasukan kenari bimbingan Wan Jamak Wan Hassan bakal menjadi mangsa seterusnya untuk ditewaskan malam ini.

Kedah pula yang masih tercalar dengan luka akibat tewas "mengejut" kepada Sabah di Stadium Darul Aman sabtu lalu masih tempang untuk melayani tuan rumah setelah seorang pemain utama mereka dilayangkan kad merah dalam perlawanan sebelum ini.

Perak juga bakal turun dengan "kudrat" pemain muda akibat ketiadaan 5 pemain utama mereka yang menerima hukuman digantung 7 perlawanan oleh F.A.M gara-gara disalahkan akibat mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan pada aksi mereka dalam liga super.



( Penyokong setia skuad Seladang)


Justeru, pertemuan kedua-dua pasukan kali ini ibarat misi membalas "dendam" setelah Perak yang belum pernah mencatat kemenangan ke atas Kedah pada pertemuan Liga Super sebelum ini mahu mengutip 3 mata penuh setelah pasukan tersebut hanya mampu seri 0-0 dengan skuad kenari di tempat lawan dan tewas 3-1 di tempat sendiri .

Perak juga masih belum mampu untuk mengatasi jiran mereka itu apabila pertemuan liga super musim lalu turut menyebelahi pasukan Kedah.

Biarpun begitu, Perak yakin akan menamatkan badi keatas jiran tertangga mereka itu pada malam ini.

Keyakinan itu disuarakan sendiri oleh penyokong setia Seladang yang beranggapan jurulatih Perak ,Cikgu Jan mempunyai ramuan terbaik untuk membenam Kedah.

" dulu mungkin Kedah kuat, tetapi sekarang Kedah pun dah tidak mampu pergi jauh. Lagipun strategi cikgu Jan sangat bagus" ujar Rahman salah seorang penyokong setia "Kejar Yeop Kejar"

Walaupun perlawanan malam ini hanya di peringkat kumpulan, namun ia turut mengembalikan nostalgia Final Piala Malaysia 2007 yang berkesudahan Kedah menang 3-0 ketas Perak.

Friday, September 9, 2011

PERAK YAKIN RATAH JOHOR










Kempen Piala Malaysia musim ini seakan tidak mahu menyebelahi pasukan "seladang" setelah 5 pemain utama pasukan itu digantung tujuh perlawanan oleh F.A.M.

Keputusan F.A.M yang mengekalkan hukuman terhadap lima pemain utama pasukan tersebut " menyerlahkan" lagi kedangkalan badan induk bola sepak tersebut dalam menangani setiap masalah dengan baik.

Seperti kebiasaan F.A.M akan menggantung pemain atau pegawai yang melanggar peraturan dengan denda dan juga digantung dari menyertai sebarang perlawanan tanpa adanya sebarang keputusan yang lebih realistik .

Peledak berbiasa seladang , Akmal Rizal Ahmad Rakhli, kepten pasukan Sharulnizam Mustafa, pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff dan diikuti penjaga gol Mohd. Nasril Nourdin antara pemain yang telah dijatuhi hukuman sejak 18 julai lalu.

Biarpun begitu skuad Perak tidak gentar untuk turun berdepan Johor dalam misi mencari mata penuh di hadapan penyokong sendiri malam ini.

Selepas sekadar seri 0-0 dengan Sabah di Likas pada perlawanan pertama 6 september lalu Perak sedar pertemuan malam ini bukan mudah kerana pasukan Johor juga bertekad untuk mencuri mata di Stadium Ipoh.

Hakikat itu diakui sendiri oleh pengendali Johor yang yakin cabaran dalam kumpulan A masih terbuka kepada semua pasukan memandangkan hanya pasukan Kedah yang mencatat kemenangan pada perlawanan pembukaan lalu.

" Saya yakin pasukan kami mampu untuk menang, mungkin 2-1" ujar salah seorang penyokong setia pasukan " Kejar Yeop Kejar"



Untuk Rekod pada saingan Liga Super musim ini Persembahan Perak di Stadium sendiri tidak mengecawakan dengan merakamkan 6 kemenangan termasuk membenam Kelantan dengan jaringan besar 4-0, selain mencatat 5 kali seri dan hanya sekali tewas.

Perak bakal turun dengan gandingan penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli bersama-sama pemain Perlis, Mohd. Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Roddin yang dipinjam bagi mengharungi Piala Malaysia musim ini.

Terdahulu, para penyokong perak membuat bantahan dengan mengumpul lebih 5000 tandatangan sebagai bantahan terhadap bantahan yang membabitkan pemain kesayanagan mereka.