MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Friday, September 9, 2011

PERAK YAKIN RATAH JOHOR










Kempen Piala Malaysia musim ini seakan tidak mahu menyebelahi pasukan "seladang" setelah 5 pemain utama pasukan itu digantung tujuh perlawanan oleh F.A.M.

Keputusan F.A.M yang mengekalkan hukuman terhadap lima pemain utama pasukan tersebut " menyerlahkan" lagi kedangkalan badan induk bola sepak tersebut dalam menangani setiap masalah dengan baik.

Seperti kebiasaan F.A.M akan menggantung pemain atau pegawai yang melanggar peraturan dengan denda dan juga digantung dari menyertai sebarang perlawanan tanpa adanya sebarang keputusan yang lebih realistik .

Peledak berbiasa seladang , Akmal Rizal Ahmad Rakhli, kepten pasukan Sharulnizam Mustafa, pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff dan diikuti penjaga gol Mohd. Nasril Nourdin antara pemain yang telah dijatuhi hukuman sejak 18 julai lalu.

Biarpun begitu skuad Perak tidak gentar untuk turun berdepan Johor dalam misi mencari mata penuh di hadapan penyokong sendiri malam ini.

Selepas sekadar seri 0-0 dengan Sabah di Likas pada perlawanan pertama 6 september lalu Perak sedar pertemuan malam ini bukan mudah kerana pasukan Johor juga bertekad untuk mencuri mata di Stadium Ipoh.

Hakikat itu diakui sendiri oleh pengendali Johor yang yakin cabaran dalam kumpulan A masih terbuka kepada semua pasukan memandangkan hanya pasukan Kedah yang mencatat kemenangan pada perlawanan pembukaan lalu.

" Saya yakin pasukan kami mampu untuk menang, mungkin 2-1" ujar salah seorang penyokong setia pasukan " Kejar Yeop Kejar"



Untuk Rekod pada saingan Liga Super musim ini Persembahan Perak di Stadium sendiri tidak mengecawakan dengan merakamkan 6 kemenangan termasuk membenam Kelantan dengan jaringan besar 4-0, selain mencatat 5 kali seri dan hanya sekali tewas.

Perak bakal turun dengan gandingan penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli bersama-sama pemain Perlis, Mohd. Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Roddin yang dipinjam bagi mengharungi Piala Malaysia musim ini.

Terdahulu, para penyokong perak membuat bantahan dengan mengumpul lebih 5000 tandatangan sebagai bantahan terhadap bantahan yang membabitkan pemain kesayanagan mereka.





1 comment: