MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Sunday, July 31, 2011

Bangunlah, Harimau Malaya!!!

Bangunlah , wahai Harimau Malaya!

Itu antara ungkapan paling tepat buat para pemain skuad kebangsaan setelah " tersembam" dalam pertarungan menghitung nasib ke piala dunia.

Kem skuad kebangsaan ketika ini sudah pasti suram serta mentaliti para pemain juga mungkin " jatuh" setelah dipalit aib oleh Sang " singa" tempoh hari.

Sesuatu harus direncanakan segera bagi " mengubati" luka parah Harimau Malaya agar dapat kembali memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain.

Thailand, Indonesia dan Singapura pula berjaya meneruskan kempen kali ini dengan Malaysia hanya mampu melihat ketiga-tiga musuh tradisi itu melangkah dengan bergaya setelah Thailand menyingkirkan Palestin melalui agregat 2-2 dengan kelebihan jaringan memihak kepada negara gajah putih itu mengikut gol peraturan tempat lawan . Indonesia pula yang sekadar seri  1-1 dalam perlawanan pertama menentang Turkmenistan berjaya membenam lawan yang sama 4-3 di gelanggang sendiri sekaligus mara dengan kelebihan agregat 5-4.

Biarpun, perasaan cemburu pasti bersarang di hati seluruh penyokong fanatik Malaysia kerana hanya mampu melihat kejayaan pasukan lain meneruskan langkah , mungkin ramai yang terlepas pandang akan perjalanan skuad handalan lain yang pernah melalui detik sukar seperti yang sedang dilalui Malaysia ketika ini.

Bekas juara piala dunia sekalipun tidak terlepas dari menerima "hukuman" seperti yang berlaku kepada Argentina dan Brazil apabila  tersingkir dalam separuh akhir Copa Amerika walhal kedua-dua pasukan ini adalah pasukan pilihan untuk berentap di final pada tahun ini. Tiada siapa yang menjangka Uruguay dan Paraguay adalah lebih berhak berada di pentas final berdasarkan kesungguhan dan kebijaksanaan mereka di atas padang.

Di Asia Korea selatan juga pernah menjadi mangsa " kekecewaan" setelah pasukan itu beraksi hambar dalam pusingan pra kelayakan piala dunia 2006. Perjalanan skuad yang digelar " Teaguk Warriors" ini juga pernah dikritik hebat oleh media dan penyokong mereka sendiri.

Keputusan seri 0-0 menentang Maldive dalam kempen kelayakan piala dunia 2006 membuatkan reputasi mereka selaku jaguh asia tercalar. Situasi pada waktu itu sama seperti di kem Malaysia sekarang apabila peminat mahu jurulatih dipecat dan pasukan kebangsaan dirombak secara besar-besaran.

Korea selatan antara pasukan yang pernah dikritik hebat oleh penyokong sendiri

China juga pernah dipanah dengan nasib yang sama. Selepas berjaya membuat penampilan pertama dalam edisi piala dunia 2002, skuad ini terus melangkah bergaya apabila menjadi naib juara piala Asia pada tahun 2004 sebelum akur  di tangan Jepun apabila tewas  3-1 di pentas final pada edisi tersebut

Semenjak daripada itu, pasukan yang pernah mencatat jumlah jaringan terbesar menumpaskan Guam 19-0 di stadium Ho Chi Minh City, Vietnam pada tahun 2000 ini bermula dengan rentak sumbang selepas percubaan meraka dalam kempen melayakkan diri ke piala dunia dan kempen piala Asia menemui kebuntuan termasuk ketika "gagal" menyerlah pada kejohanan piala Asia di Qatar pada tahun lepas.

Justeru, tiada alasan untuk seluruh penyokong bola sepak kebangsaan dan juga para pemain sendiri untuk terus" berduka" kerana sejarah arena bola sepak telah membuktikan setiap pasukan yang lemah atau kuat tetap akan berdepan dengan saat sukar biarpun terpaksa menelan segala kritikan dan tohmahan.
(Persatuan Bola Sepak China berusaha mengembalikan semula era kegemilangan China)

Perjuangan pasukan Malaysia juga masih belum selesai dan mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan Malaysia belum layak untuk menjadi jaguh malainkan Harimau Malaya menebus semula setiap kekalahan dengan kebangkitan yang dramatik selepas ini.

Dendam tetap dendam! ayuh bangunlah semula Harimau Malaya, teruskan  dengan usaha gigih untuk menempuhi perjalanan  yang penuh dengan skrip dan drama ini.

Friday, July 29, 2011

JAWAPAN SEBENAR MENGAPA MALAYSIA TEWAS DI TANGAN SINGAPURA

Peluang untuk melangkah lebih jauh dalam pusingan kelayakan piala dunia 2014 sudah pun berakhir dengan menyaksikan pasukan harimau Malaya hanya sekadar seri 1-1 pada pusingan timbal balik di stadium Bukit Jalil .

Tewas dengan jumlah jaringan 5-3 pada perlawanan pertama bukanlah keputusan yang dimahukan apatah lagi kelima-lima jaringan tersebut tidak patut dilepaskan dengan mudah oleh barisan pertahanan negara.

Biarpun begitu, sudah tidak berguna untuk peminat merentapi kekalahan pasukan Malaysia di Tangan Singapura dengan agregat 4-6 kerana sudah menjadi satu kebiasaan pasukan yang dilabel pasukan pilihan menerima aib pada mana-mana perlawanan sekalipun.
aksi Safie Sali pada perlawanan pertama di stadium lawan

Jika dinilai prestasi semasa Malaysia sejak muncul juara piala Suzuki AFF , bayangan kekecewaan skuad kebangsaan dalam edisi pra kelayakan piala dunia kali ini sudah dapat dibayangkan apabila kebanyakan negara menolak pelawaan F.A.M untuk mengadakan perlawanan persahabatan .

India, Iran, dan Loas antara negara dari senarai yang menolak permohonan F.A.M termasuk pasukan Filifina yang tidak memberi " reaksi" terhadap permohonan daripada badan induk bola sepak negara untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Sehinggalah perlawaan dari F.A.M diterima oleh Hong Kong pasukan kebangsaan sedikit boleh menarik nafas lega apabila masih ada negara yang sudi untuk menguji kekuatan anak didik Dato K. Rajagobal.

Itupun, Malaysia terpaksa mengadakan perlawanan sebanyak 2 kali berturut-turut dengan pasukan yang sama sebagai persediaan menghadapi pra kelayakan piala dunia sekaligus menutup aib daripada tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan langsung di peringkat antarabangsa apabila tawaran sebelum ini ditolak oleh negara lain.

Myanmar antara negara yang menjadi medan ujian skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa dengan Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 di Kota Bharu kelantan, itupun selepas terpaksa bertungkus lumus di atas padang yang becak akibat hujan sebelum perlawanan.

Kekurangan mengadakan ujian "perlawanan" dengan negara lain adalah jawapan mengapa Malaysia gagal untuk mengatasi Singapura . Ini kerana untuk membentuk keserasian yang ampuh pasukan harimau Malaya memerlukan  lebih banyak perlawanan kompetetif.


Tekad Dato K Rajagobal mempertaruhkan barisan terbaiknya dalam ujian menentang 2 kelab besar EPL pula adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

Tewas 4-0 di tangan Arsenal sebelum dijinakkan 3-6 oleh satu kuasa besar kelab Eropah iaitu Liverpool ternyata membawa padah apabila pemain seperti Nor Idlan Talaha mengalami kecederaan jangka panjang dan faktor keletihan sudah pasti menghantui para pemain negara kerana mereka hanya ada selang beberapa hari sahaja  pada waktu itu untuk pertemuan menentang Singapura pada perlawanan pertama.

Dua perlawanan berturut-turut yang diadakan terlalu hampir dengan tarikh pertembungan  pra kelayakan piala dunia  menentang pasukan jiran  turut memberi ruang " selesa" untuk jurulatih Singapura, Radojko Avramovich mengintai kelemahan-kelamahan yang ada pada skuad kebangsaan melalui dua perlawanan yang diadakan.

Hasilnya, skuad The Lions mudah membolosi gawang negara dengan 4 gol dalam separuh masa pertama sebelum meledak gol kelima pada separuh masa kedua.

 Mujur,  Singapura tidak menambah gol ke-6 pada perlawanan tersebut dan jika ia berlaku sudah pasti The Lions akan lebih " riak" kerana mampu mengatasi jumlah jaringan seperti yang dilakukan Liverpool.

Taktikal yang diterapkan oleh Dato K Rajagobal juga antara jawapan mengapa Malaysia gagal membendung kekalahan di pusingan pertama dan menumpaskan Singapura di Perlawanan kedua.

Andai diteliti corak permainan Harimau Malaya, mereka gemar bermain dengan corak hantaran jauh dan tinggi terutama di dalam  bahagian kotak panalti.

Hantaran jauh yang ingin dihantar kepada rakan sepasukan sering sahaja terkandas dan mudah dibaca oleh pihak lawan yang bersaiz lebih tinggi . Taktikal sedemikian hanya akan membawa padah apabila digunakan pada perlawanan  penting  menentang lawan yang mempunyai kelebihan fizikal seperti pemain-pemain "import" the Lions.

Jika dibandingkan dengan skuad Olimpik pasukan muda ini dilihat lebih "matang" melalui gaya permainan mereka berbanding pasukan senior. Taktikal yang diterapkan oleh Ong Kim Swee tampak lebih jitu dan mantap berbanding rakan sejawatnya Dato K Rajagobal.

Skuad Olimpik tidak menghampakan setakat ini apabila mereka layak untuk pusingan seterusnya dalam pra olimpik dan corak permainan yang ditonjolkan oleh barisan muda ini dalam kempen " mencuri" tempat ke London adalah dengan taktik hantaran pendek dan larian pantas.

Taktikal sedemikian dilihat berkesan apabila barisan negara mampu menyekat lawan mereka , "Lubnan" yang mempunyai saiz jauh lebih besar  semasa pertemuan pusingan  kedua pra olimpik dan hampir mengejutkan skuad Chealsea yang menguji barisan muda ini pada 21 julai yang lalu biarpun tewas dengan jaringan kontroversi Didier Drogba 1-0.

Berbalik kepada isu skuad senior negara, Jurulatih sepatutnya sudah boleh menilai kemampuan para pemain dengan teknik yang amat meletihkan.

Melakukan serangan balas dengan larian pantas kemudian membuka permainan dengan corak hantaran jauh ke bahagian tepi padang masih rasional untuk digunakan biarpun fizikal pemain Malaysia bersaiz kecil.

 Namun yang paling mengecewaskan ialah apabila pemain berulang kali melakukan hantaran silang yang tinggi kepada rakan yang dikawal dalam bahagian kotak panalti  sebelum mudah dipatahkan lawan adalah perkara yang tidak seharusnya diamalkan selalu dalam permainan.

Pertahanan pula adalah "penyumbang" terbesar gol kepada pihak lawan dan kelemahan yang dilakukan mudah dihukum oleh pihak lawan.

Hanya tinggal kenangan
Kombinasi yang diterajui oleh Muslim dan Aidil Zafuan  gagal mengurangkan jumlah defisit gol dalam setiap perlawanan. Kelemahan ketara dalam bahagian ini ialah mereka sering diperkotak katikan apabila berdepan satu lawan satu dengan pihak lawan.

Akibatnya, begitu mudah untuk pihak lawan mengucar-kacirkan barisan pertahanan seperti yang dilihat dalam mana-mana perlawanan yang membabitkan skuad negara sebelum ini.

Oleh itu, diharap skuad kebangsaan yang dibentuk selepas ini dapat memperbaiki setiap kelemahan-kelemahan agar Malaysia tidak hanya berbangga di Asia Tenggara sahaja.

Lupakan kelemahan kita kepada " the Lions" dan seharusnya Malaysia berterima kasih kepada pasukan tersebut kerana "mangajar" sesuatu dalam dua perlawanan yang amat berguna untuk dijadikan iktibar pada masa akan datang.

Monday, July 25, 2011

Barisan Pertahanan Terlalu Rapuh

Kekalahan mudah pasukan kebangsaan 3-5 kepada pasukan Singapura sabtu lalu perlu dijawab segera oleh barisan pemain negara yang kelihatan terlalu " goyah" dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan piala dunia.

Biarpun, Malaysia mendahului seketika dengan jaringan  Safie Sali ketika permainan baru berusia 30 saat ,jaringan tersebut tidak langsung memberi kelebihan untuk Malaysia menambah gol sebaliknya tuan rumah yang bermain dengan rentak permainan pantas bijak menghukum kerapuhan benteng negara untuk Singapura dihadapan dengan jaringan  4-1.

Padang rumput tiruan yang digunakan pada perlawanan kali ini sedikit " membunuh" tempo permainan Malaysia yang gagal menunjukkan aksi sebenar seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Nasib malang skuad negera  berterusan apabila kepten pasukan Syafiq Rahim dibuang padang gara-gara menerjah pemain lawan.

Rumput tiruan sedikit menyukarkan  pemain negara beraksi dengan baik
Namun peluang itu gagal dimanfaat pemain Singapura untuk terus menambah gol sebaliknya tidak beberapa lama selepas itu pemain mereka juga dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua perlawanan.

Hanya selepas pemain gantian Hadi Yahaya dimasukkan oleh Dato k Rajagobal permainan tampak seimbang semula apabila pemain gantian tersebut membalas kepercayaan yang diberikan dengan meledak gol kedua untuk Malaysia menjadikan kedudukan 2-4.

Malaysia terus mengasak kubu singapura yang akhirnya membuahkan hasil apabila Safie Sali berjaya merapatkan kedudukan 3-4 apabila rembatan kencangnya gagal ditangkap oleh penjaga gol lawan.

Jaringan tersebut ternyata menaikkan semangat pemain untuk mencari gol penyamaan namun barisan pertahanan sekali lagi begitu menghampakan apabila melepas gol yang begitu mudah untuk membenarkan Singapura menang bergaya 5-3.

Begitupun, jurulatih Dato K Rajagobal masih mempunyai masa untuk merombak barisan pertahanan sebelum perlawanan kedua rabu ini 28 hb julai di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 tanpa melepaskan gol sekiranya menyimpan harapan untuk mara pusingan ke-3 pra piala dunia.

Thursday, July 7, 2011

UNDIAN PRA OLIMPIK PERINGKAT KUMPULAN C



          

KELANTAN MUNCUL JUARA LIGA SUPER 2011

Kelantan jura baru liga super 2011
 2 jaringan dari penyerang berbisa Malaysia, Nor Idlan Talaha sudah cukup membawa kelantan muncul juara dalam liga super buat pertama kalinya selepas menewaskan sabah di Likas malam tadi 2-1.

Kelantan yang hanya perlu seri menentang sabah malam tadi tidak memberi laluan mudah kepada sabah untuk mencatat kemenangan di halaman sendiri .

Kejayaan tersebut terus menafikan hak Terangganu yang mengharapkan Sabah dapat mencipta kejutan untuk memberi ruang kepada mereka muncul juara selepas kejayaan membenam cabaran Felda United 6-2 .

Hajat Selangor yang mengharap tuah bakal mengiringi mereka dalam kempen kali ini juga tidak kesampaian apabila hanya sekadar seri 0-0 dengan pasukan Perak di Ipoh.

Dengan kejayaan malam tadi kelantan dinobatkan juara baru untuk liga super 2011 dengan mengutip 56 mata kesuluruhannya iaitu 17 menang, 5 seri dan tewas 4 kali.

Pahang dan perlis terus dirundung malam apabila terperosok dalam 2 pasukan terakhir musim ini selepas Pahang tewas kepada Kedah 1-0 dan Perlis tewas kepada Negeri Sembilan 2-0

Wednesday, July 6, 2011

F.A.M TERBURU-BURU

Sukan bola sepak negara bakal mengharungi detik kegelapan seperti sebelum ini setelah F.A.M berhasrat untuk mengambil semula "awang import" dalam kencah liga bola sepak tempatan.

Biarpun, sejarah telah diukir dengan kejayaan skuad muda negara muncul juara sukan Sea di Loas, layak ke pusingan kedua Sukan Asia Di China dalam tempoh 32 tahun ,dan yang terbaru Malaysia muncul juara piala suzuki buat pertama kalinya setelah menyingkirkan Indonesia dengan agregat 4-2.

F.AM perlu mengkaji semula kemasukkan pemain import
Namun , semua itu tidak mampu bertahan lama setelah sukan bola sepak yang masih memerlukan masa untuk kembali meningkat seperti era 80 an telah direncatkan dengan keputusan F.A.M memasukkan semula pemain import bermula tahun 2012.

Alasan untuk memeriahkan liga Malaysia dan memberi pendedahan berguna kepada setiap pemain tempatan  semestinya boleh dipertikai kerana F.A.M seakan lupa dengan era kegelapan yang diharungi oleh skuad kebangsaan sejak pemain import mula diperkenalkan dalam liga Malaysia.

Malaysia sering tewas dengan jumlah jaringan yang besar dalam kejohanan pra piala dunia mahupun pertandingan lain. Pembabitan skuad negara dalam kejohanan piala AFF sebelum ini juga sering mengecewakan apabila sudah acap kali Malaysia gagal untuk memenangi piala paling berprestej di Asia Tenggara .

Piala Asia 2007 sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah bersama dengan Indonesia, Vietnam dan Indonesia adalah sejarah paling mengaibkan untuk catatan kamus bola sepak negara. Tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dengan kekalahan 5-1 kepada China sebelum dipalit aib dengan kekalahan 0-5 kepada Uzbekistan dan tewas 0-2 kepada Iran ternyata coretan yang paling memalukan dalam kempen piala Asia.

F.A.M akhirnya membuat keputusan untuk tidak menggunakan pemain import sejak tahun 2009 yang akhirnya memberikan impak "segera" kepada prestasi pasukan kebangsaan apabila Malaysia mula menyerlah dengan menjadi johan dalam sukan Sea di Vientiane Loas serta menjadi johan piala Suzuki di Stadium Bung Karno Indonesia.

Keputusan yang dicatat oleh skuad negara ternyata begitu memberangsangkan dalam semua edisi termasuk dalam perlawanan persahabatan sekalipun  dan faktor ini banyak dipengaruhi dengan perjalanan liga Malaysia yang tidak bergantung kepada pemain asing.

Malaysia juga berjaya mengurangkan defisit gol dalam setiap perlawanan persahabatan dengan kuasa besar Asia apabila Malaysia hanya tewas 2-1 kepada Arab Saudi ,seri 0-0 dengan china serta mampu mengejutkan syria dengan keputusan 4-1 dan turut  menundukkan skuad b-23 korea selatan 1-0 di Bukit Jalil.

Seharusnya, F.A.M mengkaji dengan lebih teliti  kesan kemasukkan pemain import dalam liga Malaysia kerana penyertaan pemain asing belum tentu dapat menaikkan mutu pasukan kebangsaan.

 Sikap terburu-buru F.A.M dalam hal ini juga banyak dipengaruhi dengan pemilihan Sultan Ahmad Shah yang dinobatkan sebagai presiden terbaru persekutuan bolasepak Asean( AFF). Mungkin kerana malu dibanding-bandingkan liga tempatan dengan liga negara jiran yang lebih banyak bergantung kepada pemain import membuatkan pendirian F.A.M untuk tidak menggunakan pemain import sementara waktu tidak kekal lama.

Kehadiran pemain import juga akan menjadi lubuk "wang" kepada F.A.M apabila kantung wang mereka bakal dipenuhi dengan hasil jualan tiket ke stadium dan dalam masa yang sama masa depan skuad bola sepak  bakal" kelam" dengan tindakkan drastik tersebut.

Jesteru itu. F.A.M diharap menilai semula keputusan yang telah dibuat kerana penyertaan pemain import masih belum sesuai untuk digunakan pada waktu ini. Khidmat pemain import mungkin boleh digunakan dalam tempoh 4 atau 5 tahun dari sekarang kerana ianya perlu setara dengan perkembangan skuad bola sepak negara.

Yang pasti, skuad negara memerlukan tempoh masa yang lama untuk menjadi pasukan yang benar-benar digeruni di pentas antarabangsa. Tempoh singkat yang kononnya bakal menaikkan imej negara dengan kemasukkan pemain import hanya merugikan masa depan skuad bola sepak negara jika ia digunakan bukan pada masanya.



Singapura sedia hadapi Malaysia

Pemain-pemain Singapura
Dua kemenangan berturut-turut dalam perlawanan persahabatan menjadi tonik terbaik buat pasukan jiran ,Singapura menghadapi skuad Malaysia dalam pusingan kedua pra kelayakan piala dunia 2014.

Singapura yang dibimbing Rodjko Avramovic mudah menewaskan Maldive 4-0 dan mengatasi kelab Perancis yang berpangkalan di liga singapura, Etoil fc 2-1 .

Begitupun, Malaysia juga pernah menguji kelab Etoil fc dengan hanya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 berapa bulan yang lalu hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani.

Bertandang ke tempat lawan dengan rumput tiruan bakal menguji keupayaan skuad negara pastinya sesuatu yang bukan mudah dalam perlawanan pertama itu .

Kehadiran bebarapa tonggak baru yang menghiasi skuad Singapura bakal menambah sengat kepada corak permainan pasukan itu terutama  sentuhan pemain import yang sebahagiannya adalah pemain utama pasukan tersebut.

Dalam pada itu, Harimau Malaya yang menerima tamparan hebat tewas kepada Taiwan 2-3 dalam aksi pertama pra piala dunia ingin bangkit segera dalam pertemuan menentang Singapura.

" Para pemain tidak menunjukkan persembahan sebenar pada pertemuan menentang Taiwan, tetapi kita akan bangkit semula selepas ini" ujar  jurulatih skuad kebangsaan Dato K Rajagobal.

Perlawanan diantara Malaysia dan Singapura akan diadakan pada 23 dan 28 julai ini.

Tuesday, July 5, 2011

LAPORAN AKHBAR KOSMO PERLU DIPERTIKAI: JERSI BIRU SKUAD MALAYSIA



Prestasi semasa Malaysia yang meningkat naik selepas kejayaan muncul juara dalam Piala Suzuki Aff barangkali bukan atas faktor sumbangan para pemain sendiri.

Buktinya , laporan akhbar kOSMO yang mula mengaitkan kejayaan skuad negara adalah disebabkan tuah jersi biru berbanding jersi kuning yang memberikan keputusan hambar dalam setiap perlawanan yang ditempuhi.

Berbanding jersi biru yang kononnya banyak membawa tuah kepada pasukan Malaysia bukannya perkara yang boleh diambil ringan kerana perkara sebegini amat bersangkut paut dengan soal akidah umat islam.

Pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2010 menyaksikan Malaysia memakai jersi kuning dan tewas 1-5 kepada tuan rumah Indonesia di Jakarta.

Jersi kuning tidak lagi digunakan pada 2 perlawanan seterusnya sebaliknya pasukan kebangsaan bertindak menggunakan jersi biru dan ia berhasil apabila Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir setelah mengikat Thailand dengan keputusan 0-0 dan membenam Loas 5-1.

Aksi separuh akhir turut menguatkan kepercayaan segelintir pihak kepada tuah jersi biru apabila Malaysia yang turun dengan jersi sama berjaya menewaskan Vietnam di Bukit Jalil dengan kemenangan 2-0.

Berbeza pada separuh akhir kedua Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Vietnam di Hanoi apabila memakai jersi kuning.

kemenangan sekali lagi dirakam oleh skuad kendalian Dato K Rajagobal dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 dalam aksi final pertama sebelum tewas kepada pasukan sama 1-2  dalam aksi tibal balik di stadium lawan . Begitupun kejuaraan tetap milik Malaysia dengan kelebihan agregat 4-2.

Kepercayaan kepada tuah jersi biru ini diteruskan pada aksi perlawanan persahabatan tahun ini apabila Malaysia menwaskan Hong kong 2-0 di Kuala Lumpur sebelum seri 1-1 dengan Hong Kong di tempat lawan dan dengan mengenakan jersi biru skuad kebangsaan sekali lagi menang 2-0 ke atas Myanmar di kota Bharu.

keputusan seri 1-1 sebelum itu dalam aksi persahabatan menentang kelab Etoil Fc di singapura juga didakwa disebabkan jersi kuning .

kemenangan 2-1 ke atas Taiwan pada perlawanan pertama pra kelayakan piala dunia pula dikatakan angkara tuah jersi biru tersebut.

Seperti biasa Jersi kuning dipersalahkan apabila Malaysia tewas di tangan Taiwan 2-3 semasa bertandang ke tempat lawan. Namun Malaysia tetap mara dengan kelebihan jaringan tempat lawan sekalipun terikat dengan agregat 4-4.

Ternyata laporan akhbar tersebut mengaitkan Malaysia yang mengharungi 13 perlawanan sejak berakhirnya piala Suzuki Aff 2010 , 4 daripadanya berakhir dengan keputusan kurang "enak" dengan 2 seri dan 2 tewas apabila mengenakan jersi kuning.

kejayaan merangkul pingat emas dalam sukan SEA 2009 dan mara ke pusingan kedua sukan Asia 2010 setelah 32 tahun tidak layak juga dianggap " untung " yang ada pada jersi berwarna biru itu.

kepercayaan karut sedemikan seharusnya dipertikaikan kerana ia boleh merosakkan akhidah umat islam yang seharusnya bergantung kepada usaha dan percaya  kejayaan  yang datang hanyalah dari Allah .