MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Monday, September 12, 2011

MISI BALAS DENDAM- PREVIEW PERAK VS KEDAH MALAM INI







13 september, IPOH- Igauan dimalukan Kedah pada kempen liga super musim ini di Stadium sendiri masih menghantui kem Perak tatkala kedua-dua pasukan tersebut bertembung sekali lagi pada malam ini .

Kekalahan 3-1 di tangan kedah pada aksi liga super musim ini telah mencalarkan rekod bersih Perak di halaman sendiri kerana skuad Seladang itu masih belum pernah tewas kepada mana-mana pasukan apabila bermain di hadapan penyokong setia mereka.

Namun, Perak yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ketas Johor yakin pasukan kenari bimbingan Wan Jamak Wan Hassan bakal menjadi mangsa seterusnya untuk ditewaskan malam ini.

Kedah pula yang masih tercalar dengan luka akibat tewas "mengejut" kepada Sabah di Stadium Darul Aman sabtu lalu masih tempang untuk melayani tuan rumah setelah seorang pemain utama mereka dilayangkan kad merah dalam perlawanan sebelum ini.

Perak juga bakal turun dengan "kudrat" pemain muda akibat ketiadaan 5 pemain utama mereka yang menerima hukuman digantung 7 perlawanan oleh F.A.M gara-gara disalahkan akibat mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan pada aksi mereka dalam liga super.



( Penyokong setia skuad Seladang)


Justeru, pertemuan kedua-dua pasukan kali ini ibarat misi membalas "dendam" setelah Perak yang belum pernah mencatat kemenangan ke atas Kedah pada pertemuan Liga Super sebelum ini mahu mengutip 3 mata penuh setelah pasukan tersebut hanya mampu seri 0-0 dengan skuad kenari di tempat lawan dan tewas 3-1 di tempat sendiri .

Perak juga masih belum mampu untuk mengatasi jiran mereka itu apabila pertemuan liga super musim lalu turut menyebelahi pasukan Kedah.

Biarpun begitu, Perak yakin akan menamatkan badi keatas jiran tertangga mereka itu pada malam ini.

Keyakinan itu disuarakan sendiri oleh penyokong setia Seladang yang beranggapan jurulatih Perak ,Cikgu Jan mempunyai ramuan terbaik untuk membenam Kedah.

" dulu mungkin Kedah kuat, tetapi sekarang Kedah pun dah tidak mampu pergi jauh. Lagipun strategi cikgu Jan sangat bagus" ujar Rahman salah seorang penyokong setia "Kejar Yeop Kejar"

Walaupun perlawanan malam ini hanya di peringkat kumpulan, namun ia turut mengembalikan nostalgia Final Piala Malaysia 2007 yang berkesudahan Kedah menang 3-0 ketas Perak.

1 comment: