MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Wednesday, November 2, 2011

SKUAD SUKAN SEA TETAP MANTAP

Kelana Jaya- Senarai akhir pemain yang diumumkan oleh Ong Kim Swee bagi menghadapi sukan SEA kali ini tetap pilihan terbaik biarun tanpa kelibat penyerang sedang "meningkat" naik , Wan Zack Haikal Wan Nor.

Muhammad Zamir Selamat, Mohammad Aziz Ismail, Muhammad Syazwan Zainon, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, Mohd Izuan Solahudin dan Ruben Thayaparan Kathrilla antara nama yang digugurkan oleh pengendali skuad ini berdasarkan prestasi semasa para pemain.

Walaupun skuad kali ini tidak dihiasi oleh pemain yang berperanan sebagai senjata pemusnah seperti Wan Zack dan Gary Steven Robbat namun bagi pengendali harimau muda Ong Kim Swee, beliau tetap optimis peluang pasukannya dalam kejohanan ini .

Pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani dan Syahrul Azwari Ibrahim menjadi taruhan pengendali tersebut bagi menggempur pertahanan pihak lawan.

Kehadiran semula Badrol Bakhtiar tepat pada masanya kerana pemain yang terkenal dengan sifat "peramah" itu mampu menjadi peladak berbisa di hadapan gol sebagaimana yang dibuktikannya sewaktu beraksi pada kejohanan sama dua tahun lalu.

Prestasi konsisten pemain tersebut setakat ini tidak perlu diragui setelah berjaya menghasilkan gol bersama skuad Kedah dalam aksi Piala Malaysia tahun ini sebelum pasukan tersebut disingkirkan apabila hanya mengutip 7 mata. Beliau juga beraksi cemerlang bersama skuad ini dengan menjaringkan gol dalam piala VFF di Vietnam sewaktu Malaysia menewaskan Myanmar 2-1 dan menjaringkan gol penyamaan untuk seri 1-1 menentang Vietnam.


( Malaysia menduduki tempat ke-3 pada kejohanan Jemputan di Vietnam )



Sepakan percuma anak jati Kedah ini juga mampu menghasilkan sesuatu andai jentera serangan buntu mencari gol.

Sementara itu,penyertaan Yong Kuan Yong yang dipanggil untuk menyertai pasukan ini memberikan lebih banyak pilihan kepada Kim Swee untuk mengisi posisi serangan andai ada antara pemainnya yang cedera kelak.

Selain mampu beraksi dengan baik di bahagian tengan Yong Kuan Yong juga mampu beraksi di bahagian serangan.

Aksi cemerlang Mohamad Fandi Othman dan Syahrul Azwari Ibrahim juga berada pada tahap terbaik setelah memainkan peranan besar membantu Harimau Muda dalam kejohanan piala VFF serta perlawanan persahabatan yang ditempuhi sebelum ini.

Pada perlawanan persahabatan sebelum ini, Harimau Muda berjaya mencatat keputusan positive setelah menewaskan Nepal dengan keputusan 2-0 dan menang 4-1 ke atas Loas .

Terdahulu Malaysia sempat menguji kekuatan pada kejohanan jemputan di Vietnam dengan mencatat kekalahan 1-3 kepada Uzbekistan, menang 2-1 ke atas Myanmar dan seri 1-1 menentang tuan rumah Vitnam untuk menduduki tempat ke-3 .

Skuad kebangsaan diundi dalam kumpulan A bersama-sama tuan rumah Indonesia serta turut menampilkan Thailand, Singapura dan Kemboja.

Untuk aksi pembukaan Malaysia bakal diuji Singapura pada hari isnin ini di Jakarta.

2 comments: