MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Sunday, October 9, 2011

SELAMAT TINGGAL PIALA SUZUKI AFF 2012



Kuala Lumpur- Episod malang terus menyelubungi kisah bola sepak Malaysia apabila kali ini tanpa diduga skuad negara mudah dibolosi dengan 5 gol tanpa ada semangat "melawan" sewaktu pertemuan menentang Australia baru-baru ini.

Keputusan tewas dengan angka jaringan besar kepada pasukan terbaik dunia itu mungkin boleh dimaafkan tetapi persembahan anak-anak buah K Rajagobal ternyata terlalu lemah longlai sehinggakan setiap gerakkan tidak berupaya menterjemahkan sebarang "ancaman" kepada kubu skuad the Socceroos.

Berbanding Thailand yang tewas hanya dengan keputusan 1-2 kepada pasukan sama, skuad tersebut semakin garang dengan corak permainan yang lebih pantas dan kemas sekaligus memberikan amaran kepada harimau Malaya supaya bersiap sedia untuk melepaskan gelaran juara piala AFF .

Thailand pastinya bakal tampil dengan pasukan yang lebih mantap untuk saingan piala AFF tahun hadapan bagi menembus kehampaan setelah gagal untuk mara ke peringkat separuh akhir tahun lepas buat kali pertama sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1996.

Berbalik kepada persembahan skuad negara di stadium Canberra semuanya ternyata serba tidak menjadi dengan percaturan Dato K Rajagobal yang berlagak "pandai" dengan memasukkan beberapa nama baru yang masih mentah dan dalam masa yang sama beliau bertindak menyingkirkan bebarapa muka lama yang berpontensi tinggi .


Tindakkan berani pengendali tersebut sudah pasti perlu dipersoalkan kerana kemasukan beberapa nama baru dalam skuad kali ini dalam tempoh latihan yang singkat seakan mahu menutup kelamahannya dalam merencanakan sesuatu pada pertemuan tersebut.

K Raja pasti boleh memberi alasan bahawa skuadnya yang tewas dengan jumlah yang besar disebabkan beliau tidak menurunkan beberapa tonggak utama dan perlawanan baru-baru ini sekadar bagi menguji pemain.

Untuk menguji kemampuan pemain baru sudah pasti tidak salah malah tindakkan sebegitu harus diberikan pujian namun meletakkan beberapa pemain baru dalam tempoh latihan singkat serta kurang perlawanan kompetetif sebelum melayan pasukan kelas " A" ianya sesuatu yang tidak boleh diterima.

Kelamahan ketara pada barisan tengah jelas menggambarkan Dato K Raja kurang bijak dalam memilih pemain bagi mewakili skuadnya.

Pemain seperti Joseph Kalang Tie, K gurusamy di bahagian tengah langsung tidak memberikan impak bagi membantu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha bagi menggempur lawan.

Malah lebih memalukan bahagian pertahanan turut terkial-kial bagi membendung asakkan the socceroos sehinggakan tiada langsung pemain yang " bertindak" menggangu pemain lawan dari membuat hantaran mahupun percubaan.


( Benteng pertahanan terlalu "lemah")

Para pemain hanya melihat dan menunggu bola sedangkan beberapa pemain Australia sudah bersedia untuk menerima hantaran terus dari rakan sepasukan untuk menterjemahkanya dengan gol.

Bukan mahu menidakkan keupayaan jurulatih tersebut yang sudah menyumbangkan beberapa kejayaan penting kepada negara sebelum ini tetapi keputusan untuk "mencuba" pemain menggambarkan beliau sebenarnya sudah hilang kredilibiti sebagai jurulatih yang profesional.


( Khairul Fahmi bolos 5 gol)

Berita kehebatan Safee Sali pula dalam usaha memikat pengurus Cardiff yang tersebar luas ke pelbagai negara tidak lebih sekadar indah khabar dari rupa.

Apa tidaknya, ketika kehebatan anak jati Malaysia ini menjadi tumpuan pelbagai pemerhati dari seluruh dunia pasukan Malaysia pula yang diwakilinya langsung tidak mempamerkan watak selaku jura AFF 2010 .

Mangsa kritikkan sudah pasti hanya terarah kepada beliau kerana gagal membuktikan kehebatan seperti yang dihebohkan media sedangkan kelemahan sebenar adalah dari pemain di bahagian pertahanan serta tengah yang gagal menggerakkan jentera serangan.

Meskipun begitu, masih ada masa untuk kem kebangsaan memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada setiap posisi dalam pasukan.

Tempoh rehat lama selepas ini amat sesuai untuk menguji pemain bukan menguji pada perlawanan kelas " A" seperti sebelum ini yang hanya mengaibkan pasukan .

K. Rajagobal yang sangat terkenal dengan alasan mahu " membina pasukan mantap" serta kerap membandingkan Malaysia dengan pelbagai pasukan handalan lain seperti Spainyol, Real Madrid dan pelbagai lagi mungkin sudah boleh berkira-kira untuk melepaskan jawatan sekiranya sudah "kontang" idea dalam mengendalikan skuad Harimau Malaya.





3 comments:

  1. Mengapa jurulatih & pemain selalu disalahkan jika keputusan tidak memihak kepada kehendak peminat dan penyokong pasukan itu? Apa kata kita melihat lebih dalam dan pada perkara yang tersirat dan jangan asyik pandang apa yang berlaku di atas padang sahaja, silakan;

    http://anakmemberontak.blogspot.com/2011/10/kangaroo-baham-harimau.html

    ReplyDelete
  2. setuju dgn anakmemberontak....bila datuk raja pilih pemain yg sama dan kalah dia dikatakan cuma memilih anak2x emas beliau....dan bila beliau melepaskan anak2x emas beliau dan memilih PEMAIN PILIHAN RAMAI PEMINAT SEPERTI NORHAFIS DAN KALANG TIE dan KALAH TERUK...beliau di katakan xpandai dan telah kontang idea.....kalau dah pandai sgt ape kata penulis blog ni saja yg jadi coach negara....yg aku nmpk yg silap adalah jadual perlawanan...begitu dekat dgn suku akhir piala malaysia...rase2x player negara nak ke main sungguh2x sedangkan perlawanan ini tidak menjanjikan apa2x?...

    ReplyDelete
  3. sbg peminat saya kecewa bukan kerana kalah tetapi krn corak permainan atau approach pemain terhadap perlawanan ini yg terlalu buruk. secara peribadi sy menyalahkan kemerosotan pemain2 seperti mahali jasuli sbg punca terbesar kelemahan pertahanan.sbg peminat sy suka utk melihat option lain yg bole menggantikan amar rohidan kerana sejak akhir2 ini beliau kurang memberi sumbangan dlm permainan. kita memerlukan def. midfielder yg bole membantu utk bertahan di tgh padang lg sebelum sampai ke defend. apapon good luck harimau malaya

    ReplyDelete