MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Friday, October 14, 2011

BERIKAN HARIMAU MALAYA PELUANG: INDIA VS MALAYSIA




WISMA- Dua perlawanan pada 13 dan 16 menanti skuad Malaysia pada november depan bakal menjadi kayu pengukur tahap keupayaan sebenar pasukan ini setelah tewas pada perlawanan terbaru 5-0 kepada Australia.

Walaupun masih ada sebilangan pihak yang mempertahankan keputusan memalukan itu namun ujian menentang pasukan kurang ternama India pasti menggamit "kerisauan" kepada kem kebangsaan andai mengulangi kesilapan sama pada pertemuan kali ini.

Persepsi " takuk" lama sebilangan penyokong tegar pasukan Malaysia seharusnya dibuang kerana sering menggangap perbezaan ranking sebagai punca skuad negara tewas kepada mana-mana pasukan terbaik dunia sebagaimana kekalahan terbesar Malaysia di Canberra sebelum ini.

Alasan seperti itu tidak berasas sama sekali kerana kemenangan atau kekalahan setiap pasukan adalah terletak kepada "komitmen" tinggi para pemain selain kaedah taktikal dan strategi yang digunakan.

Justeru ,pertemuan menentang India di ranking 163 berbanding Malaysia pada ranking 147 mungkin ibarat "menjilat semula ludah sendiri" kepada sebilangan penyokong tegar ini sekiranya pasukan negara masih tidak mampu mencatat sebarang keputusan positive di Stadium Indira Gandhi Athletic dan stadium Salt Lake .



( Benteng pertahanan posisi paling rapuh)


Meskipun begitu, Harimau Malaya sudah pasti mahu bangkit dari 5 kekalahan sebelum ini setelah tunduk 2-3 kepada Taiwan dan 3-5 di tangan Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia.

Skuad negara turut tewas sebelumnya kepada Arsenal 4-0 dan 6-3 kepada Liverpool sebelum giliran Australia menambah koleksi gol apabila mudah menundukkan Malaysia 5-0 pada 7 oktober lalu dengan purata 23 gol dilepaskan oleh benteng pertahanan.

Mengulas laporan akhbar KOSMO pada 11/ 10/2011 yang memaparkan kerapuhan benteng pertahanan membabitkan pemain-pemain yang hampir sama dalam setiap perlawanan seperti Muslim Ahmad ,Mahali Jasuli, Mohd. Zubir Azmi, Aidil Zafuan Abdul Razak, Asraruddin Putra Omar, Norhafiz Zamani Misbah dan Mohd Fadhli Shas ada kebenarannya.

Prestasi pemain-pemain ini sukar diramal kerana ada masanya persembahan mereka amat konsisten dan adakalanya tidak.

Sekiranya sebelum ini Dato K Rajagobal pernah mencuba pemain baru di posisi lain seperti kemasukkan Yong Kuong Yong dan Ismail Faruqi di posisi serangan, Wan Zaharul Nizam di posisi sayap, Joselph Kalang Tie di posisi tengah kini sudah tiba masanya untuk jurulatih tersebut mencuba pula gandingan pemain baru di posisi pertahanan.


( Setiap pemain perlu diberikan peluang)


Pemain pertahanan yang mampu menampung kelamahan benteng negara tidak semestinya mewakili pasukan-pasukan elit tanah air seperti Kelantan, Selangor ,Negeri Sembilan mahupun Terangganu.

Sebaliknya Dato K Rajagobal perlu bersikap lebih telus dalam memilih setiap pemain berkualiti yang turut beraksi di pentas saingan Liga Perdana ataupun mewakili kelab kurang ternama.


( Pemain beraksi di liga perdana wajar perhatian)


Tiada istilah "pilih " kasih dengan hanya menumpukan kepada pemain yang mewakili pasukan -pasukan handalan sedangkan pemain yang berkhidmat untuk kelab-kelab lain diabaikan tanpa diberikan peluang untuk dipanggil menyertai kem latihan.

Kempen piala Malaysia yang sudah masuk fasa separuh akhir juga adalah pentas terbaik buat K Rajagobal menilai setiap pemain berkebolehan terutamanya di posisi tengah dan pertahanan.

Bagi perlawanan ujian terbaru melayani tuan rumah nanti pasukan kebangsaan perlu lebih bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan selapas kedua -dua pasukan bertemu untuk kali terakhir pada tempoh 4 tahun sebelum ini.

Sikap memandang enteng tuan rumah pasti membawa padah kerana skuad ini bukanlah calang-calang pasukan untuk ditundukkan.

Kejayaan pasukan ini melayakkan diri dalam saingan piala Asia 2011 membuktikan India juga sebuah pasukan yang sedang meningkat naik meskipun belum pernah melakar kejutan untuk mara lebih jauh.

Kehadiran pasukan ini pada kempen piala Asia di Qatar menyaksikan mereka tewas dalam kesemua perlawanan apabila tumbang di tangan Australia 4-0, tewas kepada Korea Selatan 4-1 dan ditunjukkan jalan keluar oleh Bahrain dengan keputusan 5-2.


( India juga mempunyai kelebihan dari segi saiz fizikal pemain )

Meskipun begitu harus diingat India adalah juara untuk saingan di Asia Selatan dan turut mengecewakan Syria di final piala Nehru pada tahun sebelumnya.

Biarpun pertemuan ini sekadar perlawanan persahabatan tetapi ia adalah medan terbaik buat Harimau Malaya mencari semula rentak permainan tersusun dan pantas sebagaimana pernah dilakukan pada kejohanan Piala Suzuki pada tahun lalu.

Buktinya, Malaysia mampu mengetepikan 3 pasukan terbaik di Asia Tenggara iaitu Thailand, Vietnam dan juga Indonesia.

Jika 2 perlawanan menentang juara Asia Selatan itu mampu direalisasikan dengan nokhtah kemenangan pastinya ia mampu menaikkan semula moral pemain yang terjejas setelah beberapa kekalahan sebelum ini.

Untuk rekod pertemuan Malaysia sekadar seri 1-1 bertemu India setelah jaringan penyamaan oleh Indra Putra Mahayuddin menjadi penyelamat pasukan daripada tewas pada tahun 2008.




1 comment:

  1. Hujah merepek !

    Australia da main world cup berapa kali ? malaysia berapa kali? sampai mana aussie sampai di piala asia tempoh hari ??? mmg kenyataannya aussie lebih baik banding kita dari segala segi.....terima la kelemahan kita n kekurangan.....

    Posisi pertahanan perlukan kombinasi baru mmg betol.......pemain spt marzuki yusof n abg2 senior lain mgkin adalah jwban utk magatsi mslh pertahanan nie......

    ReplyDelete