MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Saturday, August 27, 2011

Skuad Baru Kebangsaan- Rajagobal Harus lebih Berani






Kelibat pemain kebangsaan di pentas Eropah akhirnya menjadi kenyataan dan mula meniti di bibir peminat di sana mahupun di tanah air sendiri.

K Rajagobal perlu berani mengambil risiko
4 pemain yang dilamar dalam satu masa oleh kelab luar merupakan satu fanomena "luar biasa" di negara ini kerana sudah terlalu lama skuad kebangsaan kita ketandusan pemain untuk menimba ilmu dari pasukan ternama lain.

Kini, 3 anggota skuad Olimpik telah sah beraksi sebagai pemain pinjaman untuk Vion Fc selama 3 bulan.

Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal antara pemain yang bakal dilanjutkan kontrak untuk kelab terbaru mereka sekarang andai berjaya memikat perhatian pengurusan di sana selama tempoh beraksi 3 bulan ini.

Tidak cukup dengan itu giliran Safiq Rahim pula dilamar oleh sebuah pasukan yang tidak kurang hebatnya di pentas Eropah.


Cardiff City dikhabarkan berminat untuk mendapatkan sentuhan " bola mati" oleh kepten Harimau Malaya ini dan beliau diberikan tempoh percubaan selama 3 minggu oleh pasukan tersebut.

Hanya menunggu masa Safiq bakal menyarung jersi pengerusi Cardiff City , Datuk Chan Tien Ghee sekiranya berjaya membuktikan kepakarannya di sana.

Perkembangan sihat ini begitu tepat pada waktunya kerana ia adalah sebahagian dari proses skuad mantap bagi menghadapi Piala Aff Suzuki Disember tahun depan dan aksi kelayakan Piala Asia 2015.
Sentuhannya ditagih Cardiff city



Dalam pasukan kebangsaan posisi yang amat membimbangkan ialah di bahagian pertahanan manakala jentera tengah sering gagal mempamerkan kretiviti.

Tetapi corak permainan Harimau Muda pasti akan lebih menarik dan mantap sekiranya jurulatih Dato K . Rajagobal berani mempertaruhkan barisan pemain baru untuk diserapkan ke dalam pasukan utama kebangsaan.

Wan zack Haikal,20, antara calon tepat untuk bergandingan dengan Safee Sali di bahagian serangan kerana pemain itu mempunyai karakter seorang penyerang yang berwibawa.

Seakan tidak pernah mengenal penat lelah pemain ini ternyata bukan calang-calang pemain kerana beliau sering sahaja turun membantu benteng pertahanan sekiranya lawan mula menghadirkan bebarapa percubaan berbahaya.

Kepakaran menghasilkan gol dari sudut sukar juga antara senjata utama anak muda ini untuk merobek gawang lawan biarpun dikawal rapi oleh pertahanan .


Wan Zack calon sesuai untuk digandingkan dengan Safee sali dan Nor Idlan




Safiq Rahim yang bakal menimba ilmu dengan Cardiff City juga pilihan yang begitu sesuai untuk menambah kekuatan pasukan kebangsaan sebelum 2 aksi penting tersebut.

Jika pemergiaan pemain tersebut ke Eropah menjadi kenyataan K. Rajagobal harus segera mencari calon yang paling bersesuaian untuk digandingkan dengan pemain tersebut. Gary Steven mungkin pemain yang paling tepat untuk diketengahkan oleh jurulatih kerana keupayaan pemain ini tidak dapat dinafkan lagi dalam membantu barisan tengah skuad Olimpik sebelum ini.


Irfan Fazail ,20, pula yang beraksi di posisi penyerang kedua atau pemain tengah menyerang juga sudah boleh difikirkan oleh K. Rajagobal untuk diserapkan dalam skuad utama kebangsaan kerana pemain seperti ini begitu lincah di depan gol termasuk kebolehannya menjaringkan gol dari jarak jauh.

Posisi sayap pula boleh diserahkan kepada pemain yang digelar "kecik" dalam kem kebangsaan iaitu Wan Zaharul Nizam kerana keupayaannya mengelecek pihak lawan sebelum ini berjaya membuka ruang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol.



Wan zaharul Nizam memiliki keupayaan tinggi.


pemain seperti ini amat sesuai untuk dipilih oleh jurulatih Harimau Malaya kerana peminat sudah bosan dengan situasi bola lintang yang melambung tinggi oleh pemain sayap sebelum ini yang akhirnya dipatahkan mudah oleh pihak lawan .

Hakikat ini pernah diakui sendiri oleh kapten pasukan Lubnan yang berpendapat pemain ini ( Wan zaharul Nizam) begitu berbahaya kerana mempunyai skill dan potensi yang menakjubkan.

Posisi pertahanan pula memerlukan sedikit rombakkan dimana pemain berkebolehan lain yang bermain untuk pasukan negeri harus diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk dimasukkan ke dalam skuad kali ini.

Posisi Fadhli Shas mungkin terjamin setelah berjaya meletakkan diri sebaris pemain hebat lain untuk beraksi di pentas liga luar setakat ini.

Bukan mahu menidakkan pemain lain dalam skuad Senior tetapi K . Rajagobal harus berani membuka ruang kepada beberapa pemain muda lain kerana dengan cara ini pasukan kebangsaan yang dibentuk akan mempunyai lebih kualiti dan melahirkan lebih ramai pemain berkaliber.

Ia juga sekaligus dapat mengelakkan Skuad kebangsaan ketandusan pemain yang berkelayakan menyarung jersi negara.

4 comments:

  1. gopal sombong.. player yg top dlm liga cm asahari tu dibuat pekasam...!

    ReplyDelete
  2. Safiq Rahim
    Safee Sali
    Wan Zaharul Nizam

    adui camna nak komen pasal player Malaysia kalau basic nama pun banyak salah ni

    ReplyDelete
  3. Pihak blog MFO amat menghargai komen dan teguran anda..terima kasih kerana menegur kesilapan ejaan dari pihak kami.

    ReplyDelete
  4. FAM antar pemain2 muda mungkin dari SSBJ or akedami bolasepak lain yg berpotensi ke liga2 luar seperti Liga Indonesia,Singapura,Thailand mungkin lebih bagus kalau dapat dihantar beraksi walaupun sebagai pinjaman utk Liga2 di Asia Timur (Japan,Korea,Australia) or Europe walaupun bermain di Divisyen 2 or 3...insyaAllah mungkin ad 4-5 orang yg mampu menghasilkan sesuatu utk team negara..

    ReplyDelete