MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Monday, August 29, 2011

Peluang Untuk Malukan Australia





Kuala Lumpur- Meskipun Harimau Malaya gagal untuk meneruskan aksi pada pusingan seterusnya  dalam Pra Piala Dunia  namun reputasi selaku bekas juara piala Suzuki 2010 tetap dipandang tinggi oleh Australia yang memilih Malaysia sebagai lawan mereka dalam perlawanan ujian 7 oktober nanti.

Langkah itu sebagai persiapan skuad socceroos menguji kekuatan sebelum aksi pertama Pra Piala Dunia menentang Thailand dalam pusingan peringkat kumpulan  .

Lebih menarik, pertemuan di antara kedua-dua pasukan bakal mencipta sejarah tersendiri memandangkan kedua-dua pasukan belum pernah bertemu sebelum ini.

Pertemuan di Sydney kelak adalah medan yang sesuai untuk anak-anak didik K. Rajagobal untuk memalukan the Socceroos di hadapan penyokong mereka dengan sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.

Biarpun, nada tersebut agak "sinis" tetapi sasaran tersebut harus dipandang serius oleh Harimau Malaya supaya pertemuan 7 oktober nanti bukan hanya sekadar perlawanan persahabatan.

Sekiranya pertemuan di sana  nanti mampu menghasilkan keputusan yang positive sudah tentu F.A.M tidak menghadapi kesukaran untuk mengundang pasukan kelas "A" yang lain mahupun Australia sendiri bagi mana-mana kejohanan ataupun perlawanan persahabatan selapas ini.

Uzbekistan turut dikecawakan 6-0 pada semi final Piala Asia


Ia juga landasan terbaik bagi Malaysia memperbaiki ranking 148 sekarang ini kepada ranking yang lebih baik sekaligus menyahut cabaran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( F.A.M), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Syah sewaktu sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan skuad hoki Pahang di Hotel Shahzan Inn, Kuantan bebarap hari yang lepas.


 Sekalipun agak mustahil untuk merealisasikan keputusan di luar "jangkaan" di Sydney , segalanya bergantung kepada strategi dan taktikal yang ingin dipraktikkan oleh jurulatih kebangsaan.

K. Rajagobal perlu mengelakkan kesilapan yang sama sebagaimana yang berlaku setelah tewas di tangan Singapura apabila secara keseluruhannya jurulatih tersebut gagal menterjemahkan "sentuhannya" ketika tewas dengan agregat 6-4.


India pasukan belasahan Australia pada kempen Piala Asia di Qatar.



Walaupun ,Australia yang dilabel pasukan pilihan dalam perlawanan 7 oktober nanti pasukan itu tetap mampu disekat .

Keyakinan itu berdasarkan kemampuan Harimau Malaya sewaktu menjulang Piala Suzuki sebelum ini. Persembahan menakjubkan pasukan ini diharap mampu dikembalikan oleh K. Rajagobal walaupun secara realitinya skuad ini seperti hilang "bisa" sejak mendapat gelaran juara Asia Tenggara tahun lepas.

Bagi skuad kanggaroo , "side attack" adalah corak  serangan yang  diterapkan dalam pasukan ini dimana serangan yang dilakukan dari sudut tepi padang sebelum pemain membuat hantaran paras rendah mahupun tinggi kepada pemain yang telah bersedia menghasilkan gol dalam kotak panalti.

Taktikal sebegitu amat mendedahkan situasi bahaya kepada pemain Malaysia kerana lawan mempunyai kelebihan dari segi saiz fizikal . Hantaran silang tinggi akan lebih memudahkan mereka mencipta peluang sekaligus membuka ruang kepada the " Socceroos"  untuk membolosi gawang.

Justeru, setiap pemain harus lebih bijak dan berwaspada supaya tidak mudah memberi ruang selesa kepada lawan untuk melakukan sebarang gerakkan ataupun hantaran.

Set piece pasukan yang berjersi hijau kuning ini juga perlu dititikberatkan oleh kem kebangsaan terutamanya melalui sepakkan percuma . Ia antara perangkap yang acap kali menghasilkan gol seperti yang dilakukan pasukan tersebut dalam kempen piala Asia di Qatar tahun lepas.

Tiada yang mustahil untuk pasukan kebangsaan
Bagaimanapun, tidak mustahil untuk Malaysia melakukan sesuatu pada perlawanan persahabatan nanti kerana tidak adil untuk menafikan keupayaan pasukan kebangsaan untuk membuat kejutan.

Malaysia bakal turun tanpa sebarang tekanan kerana tidak mempunyai sebarang kejohanan penting dalam masa terdekat. Tetapi buat Australia kemenangan adalah penting buat mereka bagi menaikkan moral pemain sebelum menghadapi saingan peringkat kumpulan yang turut menampilkan Thailand, Arab Saudi dan Oman.

Pertemuan kedua-dua pasukan bakal berlangsung dengan di Sydney dengan Australia menanti Malaysia di sana sebagai tuan rumah.

15 comments:

  1. Boleh ke? ke nanti kome yg kena malu...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nanti Malaysia..yg malu...anggap sahaja kita sebagai underdog...sudahlah..

    ReplyDelete
  4. dengam taiwan pun kia x dapat pegang bola, adekah dgn skuad aussie bolh seri?dengan uzbekistan pon kita kene blasah, x kan kita dpt seri dgn team yg membelasah uzbek?kahahkah artikel ni tersangat opstimistik.angkuh pon ada.

    ReplyDelete
  5. X kene belasah pn syukur la..

    ReplyDelete
  6. abis la malaysia kena belasah...

    ReplyDelete
  7. skuad K raja dah x boleh pgi jauh..

    ReplyDelete
  8. time tahun 2006 ketika kejohanan aff 4 penjuru membabitkan pasukan b20 malaysia, thailand, vietnam dan australia, pada ketika itu malaysia dibarisi pemain-pemain yg mewakili skuad senior sekarang. Vietnam tewas 2-0 kepada australia, thailand pulak kena belasah 3-0, tetapi malaysia cuma tewas tipis kepada australia 1-0.
    memang kita x boleh terlalu optimistik, tetapi yang penting harapan itu masih ada...

    ReplyDelete
  9. secara realitinya..kekuatan skuad kebangsaan tetap ada. china pernah tewaskan pasukan piala dunia france 2010 1-0 di tmpat lawan..itu cth terbaik bgaimana kputusan untuk buat kejutan itu masih releven.

    ReplyDelete
  10. kalo ada safee sali n matyo.. kompem bole tundukkan autralia.. percayala.. kita tngokkan aja.. arap2 ada live

    ReplyDelete
  11. Kita jgn patah semangat . Harimau Malaya mampu beri pertarungan sengit terhadap Australia. Kalau musuh ketat kita Singapura Mampu seri 0-0 dengan Australia, kenapa kita tak boleh? Kalau tak dapat score pun atleast cuba defence habis2 dan catatkan seri.

    ReplyDelete
  12. ad peluang la jgn ptahkn smgat harimau malaya lar...adoi....malaysia bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  13. Inilah masanya untuk menguji kekuatan skuad harimau malaya.

    ReplyDelete
  14. betul tu ...jgn patahkan semangat.

    ReplyDelete
  15. yg memperlekehkan pasukan kebangsaan tu lngsung xda semangat patriotik..wajar anda sokong negara lain kalau mcm tu...kita sepatutnye sokong dan dokong pasukan kbangsaan...kita selaku peminat menjadi penyuntik semangat bagi mereka...

    ReplyDelete