Kuala Lumpur- Meskipun Harimau Malaya gagal untuk meneruskan aksi pada pusingan seterusnya dalam Pra Piala Dunia namun reputasi selaku bekas juara piala Suzuki 2010 tetap dipandang tinggi oleh Australia yang memilih Malaysia sebagai lawan mereka dalam perlawanan ujian 7 oktober nanti.
Langkah itu sebagai persiapan skuad socceroos menguji kekuatan sebelum aksi pertama Pra Piala Dunia menentang Thailand dalam pusingan peringkat kumpulan .
Lebih menarik, pertemuan di antara kedua-dua pasukan bakal mencipta sejarah tersendiri memandangkan kedua-dua pasukan belum pernah bertemu sebelum ini.
Pertemuan di Sydney kelak adalah medan yang sesuai untuk anak-anak didik K. Rajagobal untuk memalukan the Socceroos di hadapan penyokong mereka dengan sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.
Biarpun, nada tersebut agak "sinis" tetapi sasaran tersebut harus dipandang serius oleh Harimau Malaya supaya pertemuan 7 oktober nanti bukan hanya sekadar perlawanan persahabatan.
Sekiranya pertemuan di sana nanti mampu menghasilkan keputusan yang positive sudah tentu F.A.M tidak menghadapi kesukaran untuk mengundang pasukan kelas "A" yang lain mahupun Australia sendiri bagi mana-mana kejohanan ataupun perlawanan persahabatan selapas ini.
![]() |
Uzbekistan turut dikecawakan 6-0 pada semi final Piala Asia |
Ia juga landasan terbaik bagi Malaysia memperbaiki ranking 148 sekarang ini kepada ranking yang lebih baik sekaligus menyahut cabaran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( F.A.M), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Syah sewaktu sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan skuad hoki Pahang di Hotel Shahzan Inn, Kuantan bebarap hari yang lepas.
Sekalipun agak mustahil untuk merealisasikan keputusan di luar "jangkaan" di Sydney , segalanya bergantung kepada strategi dan taktikal yang ingin dipraktikkan oleh jurulatih kebangsaan.
K. Rajagobal perlu mengelakkan kesilapan yang sama sebagaimana yang berlaku setelah tewas di tangan Singapura apabila secara keseluruhannya jurulatih tersebut gagal menterjemahkan "sentuhannya" ketika tewas dengan agregat 6-4.
![]() |
India pasukan belasahan Australia pada kempen Piala Asia di Qatar. |
Walaupun ,Australia yang dilabel pasukan pilihan dalam perlawanan 7 oktober nanti pasukan itu tetap mampu disekat .
Keyakinan itu berdasarkan kemampuan Harimau Malaya sewaktu menjulang Piala Suzuki sebelum ini. Persembahan menakjubkan pasukan ini diharap mampu dikembalikan oleh K. Rajagobal walaupun secara realitinya skuad ini seperti hilang "bisa" sejak mendapat gelaran juara Asia Tenggara tahun lepas.
Bagi skuad kanggaroo , "side attack" adalah corak serangan yang diterapkan dalam pasukan ini dimana serangan yang dilakukan dari sudut tepi padang sebelum pemain membuat hantaran paras rendah mahupun tinggi kepada pemain yang telah bersedia menghasilkan gol dalam kotak panalti.
Taktikal sebegitu amat mendedahkan situasi bahaya kepada pemain Malaysia kerana lawan mempunyai kelebihan dari segi saiz fizikal . Hantaran silang tinggi akan lebih memudahkan mereka mencipta peluang sekaligus membuka ruang kepada the " Socceroos" untuk membolosi gawang.
Justeru, setiap pemain harus lebih bijak dan berwaspada supaya tidak mudah memberi ruang selesa kepada lawan untuk melakukan sebarang gerakkan ataupun hantaran.
Set piece pasukan yang berjersi hijau kuning ini juga perlu dititikberatkan oleh kem kebangsaan terutamanya melalui sepakkan percuma . Ia antara perangkap yang acap kali menghasilkan gol seperti yang dilakukan pasukan tersebut dalam kempen piala Asia di Qatar tahun lepas.
![]() |
Tiada yang mustahil untuk pasukan kebangsaan |
Malaysia bakal turun tanpa sebarang tekanan kerana tidak mempunyai sebarang kejohanan penting dalam masa terdekat. Tetapi buat Australia kemenangan adalah penting buat mereka bagi menaikkan moral pemain sebelum menghadapi saingan peringkat kumpulan yang turut menampilkan Thailand, Arab Saudi dan Oman.
Pertemuan kedua-dua pasukan bakal berlangsung dengan di Sydney dengan Australia menanti Malaysia di sana sebagai tuan rumah.