MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Sunday, November 20, 2011

TIADA MASALAH UNTUK MALAYSIA









Jakarta- Kurang dari 24 jam dari sekarang pertembungan dua musuh seteru bola sepak bakal menghitung nasib bagi menentukan pasukan manakah yang lebih layak dinobatkan sebagai gergasi Asia Tenggara .

Turun selaku 12 pasukan terbaik Asia skuad Harimau Muda sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk sekali lagi "membenam" Indonesia di pentas akhir sukan Sea kali ini.


Ketika Indonesia, Singapura dan Thailand telah disingkirkan oleh lawan masing-masing pada kelayakan pusingan kedua olimpik pasukan negara pula terus gah meneruskan cabaran dengan melayakkan diri bersama-sama gergas Asia Korea Selatan dan Jepun untuk beraksi pada pusingan akhir peringkat kumpulan .

Jika dibandingkan dengan pasukan lain pada saingan Sukan Sea kali ini skuad Ong Kim Swee jelas memiliki "karakter" tersendiri.

Kekuatan sebenar pasukan ini tidak perlu dinafikan lagi dimana pertahanan adalah faktor utama skuad muda ini mampu mara jauh serta menghalang pasukan gergasi Asia lain seperti Jepun untuk membolosi gawang negara dengan jumlah jaringan besar.

Perkara ini turut diakui pasukan lain dimana posisi pertahanan adalah sistem terbaik yang dimiliki skuad Harimau Muda setakat ini.

" Mereka ( Malaysia ) mempunyai sistem pertahanan yang tersusun dan mantap. Pasukan ini bertahan sebagai satu pasukan dan menyerang juga sebagai satu pasukan"

Kata-kata tersebut diluahkan sendiri oleh jurulatih Lubnan setelah pasukan negara teluk tersebut disingkirkan 2-1 melalui agregat di tangan Malaysia pada kelayakan pusingan kedua Olimpik pertengahan tahun ini.

Jika Indonesia sudah mempunyai formula untuk memecahkan tembok tebal pertahanan negara ianya masih belum cukup untuk meletakkan pasukan itu dalam keadaaan selesa.

Sang Garuda juga harus mempunyai formula untuk menyekat setiap asakan Malaysia yang sememangnya diakui mampu "meledak" setiap masa .

Syahrul Azwari, Wan Zaharulnizam, Irfan Fazail, Baddrol Bakktiar, Fandi Othman, Fakri Saarani dan Izzaq Faris antara nama yang perlu diberi perhatian andai Indonesia tidak mampu kecewa buat kali kedua.

Rangkaian corak serangan Malaysia tidak perlu dibimbangkan lagi kerana skuad Harimau Muda dilihat tidak ketandusan pemain untuk menjaringkan gol.

Jika diteliti dari perlawanan pertama bermula pertemuan menentang Singapura sehingga peringkat separuh akhir bertemu Myanmar jentera serangan Malaysia semakin matang dengan nama pemain berbeza yang menjaringkan gol.

Setakat ini sudah 5 pemain memahat nama selaku penjaring di pentas saingan Sukan Sea di bumi Indonesia dengan Baddrul Bakhtiar telah menjaringak 3 gol diikuti Izzaq Faris dengan 2 jaringan termasuk Wan Zaharulnizam, Syahrul Azwari serta Fakri masing-masing dengan sumbangan 1 gol.

Biarpun, dilaporkan Ong Kim Swee tidak boleh menggunakan khidmat pemain sayap lincah iaitu Wan Zaharulnizam serta penyerang Izzaq Fariz akibat kecederaan namun keupayaan para pemain lain tidak harus dipertikai.



( Izzaq dilapor mengami kecederaan)

Walaupun masih belum menjaringkan sebarang gol setakat ini tetapi kelibat Irfan Fazail selaku pemain tengah menyerang tetap ditagih oleh Ong Kim Swee untuk mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Indonesia sekaligus membuka ruang untuk pemain lain mencipta gol.

Anak kelahiran Pontian Johor ini telah membuktikan sentuhan pemusnahnya setelah menjaringkan gol pada peringkat saingan kelayakan Olimpik ketika pertemuan Malaysia menentang Pakistan dan Lubnan.

Pemain ini juga kerap kali menghadirkan gerun pada pihak lawan dengan gerakan-gerakan lincah yang mengelirukan serta mampu menghasilkan gol jarak jauh.

Justeru sudah tiba masanya untuk Irfan membuktikan "ketajaman" penyudahnya masih lagi berbisa tatkala Ong Kim Swee masih lagi gusar dengan beberapa kecedaraan yang dialami oleh beberapa orang tonggak utamanya.

Jika Harimau Muda mampu membenam cabaran Indonesia pada pertemuan malam ini dihadapan para penyokong fanatik mereka satu lagi sejarah tersendiri bakal terukir.

Diundi dalam kumpulan sukar bersama-sama Thailand, Singapura Kemboja dan tuan rumah Indonesia bukanlah satu tugasan mudah untuk mana-mana jurulatih.

Selain mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini jurulatih Ong Kim Swee juga seharusnya diperakui oleh semua pihak selaku jurulatih terbaik pernah dimiliki negara ketika ini.

Diuji dengan pelbagai ujian sejak pertemuan menentang Indonesia di peringkat kumpulan termasuk tidak dibenarkan meraikan kejayaan bersama-sama pemainnya sewaktu kejayaan Malaysia melangkah ke final tidak mampu diubati oleh Ong Kim Swee melainkan ditebus dengan meraikan kejayaan anak-anak buahnya menewaskan tuan rumah sekali lagi pada pertemuan malam ini.


Wednesday, November 2, 2011

SKUAD SUKAN SEA TETAP MANTAP

Kelana Jaya- Senarai akhir pemain yang diumumkan oleh Ong Kim Swee bagi menghadapi sukan SEA kali ini tetap pilihan terbaik biarun tanpa kelibat penyerang sedang "meningkat" naik , Wan Zack Haikal Wan Nor.

Muhammad Zamir Selamat, Mohammad Aziz Ismail, Muhammad Syazwan Zainon, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, Mohd Izuan Solahudin dan Ruben Thayaparan Kathrilla antara nama yang digugurkan oleh pengendali skuad ini berdasarkan prestasi semasa para pemain.

Walaupun skuad kali ini tidak dihiasi oleh pemain yang berperanan sebagai senjata pemusnah seperti Wan Zack dan Gary Steven Robbat namun bagi pengendali harimau muda Ong Kim Swee, beliau tetap optimis peluang pasukannya dalam kejohanan ini .

Pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani dan Syahrul Azwari Ibrahim menjadi taruhan pengendali tersebut bagi menggempur pertahanan pihak lawan.

Kehadiran semula Badrol Bakhtiar tepat pada masanya kerana pemain yang terkenal dengan sifat "peramah" itu mampu menjadi peladak berbisa di hadapan gol sebagaimana yang dibuktikannya sewaktu beraksi pada kejohanan sama dua tahun lalu.

Prestasi konsisten pemain tersebut setakat ini tidak perlu diragui setelah berjaya menghasilkan gol bersama skuad Kedah dalam aksi Piala Malaysia tahun ini sebelum pasukan tersebut disingkirkan apabila hanya mengutip 7 mata. Beliau juga beraksi cemerlang bersama skuad ini dengan menjaringkan gol dalam piala VFF di Vietnam sewaktu Malaysia menewaskan Myanmar 2-1 dan menjaringkan gol penyamaan untuk seri 1-1 menentang Vietnam.


( Malaysia menduduki tempat ke-3 pada kejohanan Jemputan di Vietnam )



Sepakan percuma anak jati Kedah ini juga mampu menghasilkan sesuatu andai jentera serangan buntu mencari gol.

Sementara itu,penyertaan Yong Kuan Yong yang dipanggil untuk menyertai pasukan ini memberikan lebih banyak pilihan kepada Kim Swee untuk mengisi posisi serangan andai ada antara pemainnya yang cedera kelak.

Selain mampu beraksi dengan baik di bahagian tengan Yong Kuan Yong juga mampu beraksi di bahagian serangan.

Aksi cemerlang Mohamad Fandi Othman dan Syahrul Azwari Ibrahim juga berada pada tahap terbaik setelah memainkan peranan besar membantu Harimau Muda dalam kejohanan piala VFF serta perlawanan persahabatan yang ditempuhi sebelum ini.

Pada perlawanan persahabatan sebelum ini, Harimau Muda berjaya mencatat keputusan positive setelah menewaskan Nepal dengan keputusan 2-0 dan menang 4-1 ke atas Loas .

Terdahulu Malaysia sempat menguji kekuatan pada kejohanan jemputan di Vietnam dengan mencatat kekalahan 1-3 kepada Uzbekistan, menang 2-1 ke atas Myanmar dan seri 1-1 menentang tuan rumah Vitnam untuk menduduki tempat ke-3 .

Skuad kebangsaan diundi dalam kumpulan A bersama-sama tuan rumah Indonesia serta turut menampilkan Thailand, Singapura dan Kemboja.

Untuk aksi pembukaan Malaysia bakal diuji Singapura pada hari isnin ini di Jakarta.