MFO

My photo
Blog MFO sedang mengalami sedikit masalah tertentu dan kerja pembikinan blog ini kepada mutu yang lebih berkualiti sedang dihasilkan. Diharap pengunjung blog Malaysian Football Outsider terus memberikan sokongan. ~ Kalah atau menang teruskan bersama Skuad Kebangsaan Malaysia~

Monday, September 12, 2011

MISI BALAS DENDAM- PREVIEW PERAK VS KEDAH MALAM INI







13 september, IPOH- Igauan dimalukan Kedah pada kempen liga super musim ini di Stadium sendiri masih menghantui kem Perak tatkala kedua-dua pasukan tersebut bertembung sekali lagi pada malam ini .

Kekalahan 3-1 di tangan kedah pada aksi liga super musim ini telah mencalarkan rekod bersih Perak di halaman sendiri kerana skuad Seladang itu masih belum pernah tewas kepada mana-mana pasukan apabila bermain di hadapan penyokong setia mereka.

Namun, Perak yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ketas Johor yakin pasukan kenari bimbingan Wan Jamak Wan Hassan bakal menjadi mangsa seterusnya untuk ditewaskan malam ini.

Kedah pula yang masih tercalar dengan luka akibat tewas "mengejut" kepada Sabah di Stadium Darul Aman sabtu lalu masih tempang untuk melayani tuan rumah setelah seorang pemain utama mereka dilayangkan kad merah dalam perlawanan sebelum ini.

Perak juga bakal turun dengan "kudrat" pemain muda akibat ketiadaan 5 pemain utama mereka yang menerima hukuman digantung 7 perlawanan oleh F.A.M gara-gara disalahkan akibat mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan pada aksi mereka dalam liga super.



( Penyokong setia skuad Seladang)


Justeru, pertemuan kedua-dua pasukan kali ini ibarat misi membalas "dendam" setelah Perak yang belum pernah mencatat kemenangan ke atas Kedah pada pertemuan Liga Super sebelum ini mahu mengutip 3 mata penuh setelah pasukan tersebut hanya mampu seri 0-0 dengan skuad kenari di tempat lawan dan tewas 3-1 di tempat sendiri .

Perak juga masih belum mampu untuk mengatasi jiran mereka itu apabila pertemuan liga super musim lalu turut menyebelahi pasukan Kedah.

Biarpun begitu, Perak yakin akan menamatkan badi keatas jiran tertangga mereka itu pada malam ini.

Keyakinan itu disuarakan sendiri oleh penyokong setia Seladang yang beranggapan jurulatih Perak ,Cikgu Jan mempunyai ramuan terbaik untuk membenam Kedah.

" dulu mungkin Kedah kuat, tetapi sekarang Kedah pun dah tidak mampu pergi jauh. Lagipun strategi cikgu Jan sangat bagus" ujar Rahman salah seorang penyokong setia "Kejar Yeop Kejar"

Walaupun perlawanan malam ini hanya di peringkat kumpulan, namun ia turut mengembalikan nostalgia Final Piala Malaysia 2007 yang berkesudahan Kedah menang 3-0 ketas Perak.

Friday, September 9, 2011

PERAK YAKIN RATAH JOHOR










Kempen Piala Malaysia musim ini seakan tidak mahu menyebelahi pasukan "seladang" setelah 5 pemain utama pasukan itu digantung tujuh perlawanan oleh F.A.M.

Keputusan F.A.M yang mengekalkan hukuman terhadap lima pemain utama pasukan tersebut " menyerlahkan" lagi kedangkalan badan induk bola sepak tersebut dalam menangani setiap masalah dengan baik.

Seperti kebiasaan F.A.M akan menggantung pemain atau pegawai yang melanggar peraturan dengan denda dan juga digantung dari menyertai sebarang perlawanan tanpa adanya sebarang keputusan yang lebih realistik .

Peledak berbiasa seladang , Akmal Rizal Ahmad Rakhli, kepten pasukan Sharulnizam Mustafa, pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff dan diikuti penjaga gol Mohd. Nasril Nourdin antara pemain yang telah dijatuhi hukuman sejak 18 julai lalu.

Biarpun begitu skuad Perak tidak gentar untuk turun berdepan Johor dalam misi mencari mata penuh di hadapan penyokong sendiri malam ini.

Selepas sekadar seri 0-0 dengan Sabah di Likas pada perlawanan pertama 6 september lalu Perak sedar pertemuan malam ini bukan mudah kerana pasukan Johor juga bertekad untuk mencuri mata di Stadium Ipoh.

Hakikat itu diakui sendiri oleh pengendali Johor yang yakin cabaran dalam kumpulan A masih terbuka kepada semua pasukan memandangkan hanya pasukan Kedah yang mencatat kemenangan pada perlawanan pembukaan lalu.

" Saya yakin pasukan kami mampu untuk menang, mungkin 2-1" ujar salah seorang penyokong setia pasukan " Kejar Yeop Kejar"



Untuk Rekod pada saingan Liga Super musim ini Persembahan Perak di Stadium sendiri tidak mengecawakan dengan merakamkan 6 kemenangan termasuk membenam Kelantan dengan jaringan besar 4-0, selain mencatat 5 kali seri dan hanya sekali tewas.

Perak bakal turun dengan gandingan penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli bersama-sama pemain Perlis, Mohd. Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Roddin yang dipinjam bagi mengharungi Piala Malaysia musim ini.

Terdahulu, para penyokong perak membuat bantahan dengan mengumpul lebih 5000 tandatangan sebagai bantahan terhadap bantahan yang membabitkan pemain kesayanagan mereka.





Tuesday, September 6, 2011

SINGA " TAK KUAT"











Singapura terpaksa menelan pahit setelah diaibkan di gelanggang sendiri apabila tewas 2-0 di tangan Iraq malam tadi.


Padang " ajaib" mereka langsung tidak membantu pasukan tersebut untuk mengulangi pencapaian membelasah Malaysia 5-3 pada sebelum ini.


Rumput tiruan yang digunakan untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 dikritik hebat oleh jurulatih Iraq " Zico" yang menganggap padang tersebut hanya
layak digunakan oleh pelajar sekolah rendah.


Singapura ketinggalan pada minit 50 apabila tandukkan Ala'a Abdulzehra melepasi jangkauan penjaga gol singapura, Lionel Lewis.


Iraq sekali lagi menghukum "keegoan" Singapura yang begitu yakin mencipta kemenangan di halaman sendiri apabila Younis Mahmood ,penyerang tinggi lampai pasukan Iraq berjaya mengelirukan penjagan gol Singapura dengan membuat bola "lambung" yang menghasilkan gol sekaligus menjadikan keputusan muktamad 2-0.


Kekalahan semalam merupakan kekalahan kedua berturut-turut the " Lion" setelah tewas 2-1 sebelum ini kepada China.


Dalam perlawanan lain Thailand berjaya mengubati kekecewaaan setelah tumpas di Sydney 2-1 kepada Austaralia sebelum ini dengan membelasah Oman 3-0 di
hadapan penyokong sendiri.


Pasukan jiran Indonesia pula terus dirudum malang apabila gagal menyaingi lawan di tempat sendiri setelah tumbang 2-0 kepada Bahrain.


Sebelum ini pasukan tersebut turut gagal pada perlawanan pertama menentang Iran yang berkesudahan Indonesia tewas 0-3 di tempat lawan.



Monday, September 5, 2011

JANGAN PERLEKEH KAMI!








Kuala Lumpur- Belum pun sempat Skuad Olimpik negara menguji keupayaan pada aksi peringkat kumpulan, telah ada pihak yang mengecilkan keupayaan pasukan tersebut dalam usaha merebut slot ke Sukan Olimpik London.


Kenyataan Serbegeth Singh yang disiarkan dalam akhbar Metro pada 29 ogos lalu menganggap barisan anak didik Ong Kim Swee belum layak untuk beraksi di pentas Olimpik tahun depan.


Tajuk akhbar metro " Belum Matang" yang menghiasi ruangan arena sukan pada keluaran 29 ogos lalu telah memaparkan ulasan yang diberi oleh bekas pemain kebangsaan yang sudah tidak asing lagi dalam arena bola sepak tanah air.


" Skuad Olimpik negara diundi dalam kumpulan sukar , memang kelebihan kepada pasukan Jepun, Syria dan Bahrain. Jika diikutkan memang susah untuk menewaskan Jepun , sama ada di gelanggang lawan ataupun di tempat sendiri", ujar beliau.


Menurutnya lagi, " Bagi saya, Jepun Ibarat berada dalam divisyen satu Asia, Syria dan Bahrain , di devisyen kedua manakala Malaysia pula berada di devisyen tiga", tambah Serbegeth.



Walaupun komen dari pengalisis tersebut berasas pada tempatnya namun kenyataan yang dikeluarkannya juga mengundang ketidak adilan terhadap pasukan Olimpik yang sedang berusaha keras untuk bersaing dengan pasukan lain sepanjang kejohanan ini berlangsung.



( Ong kim Swee tidak getar berdepan kuasa besar lain)


Sepatutnya sebagai penganalisis yang berprofesional, Serbegeth perlu mengelakkan memberi komen yang boleh menjatuhkan moral dan semangat pemain yang dihimpit tekanan untuk mencatat keputusan baik dalam setiap perlawanan kerana menggalas harapan seluruh peminat bola sepak tanah air.

Sebaliknya, pelbagai pihak termasuk media perlu mencontohi negara lain umpanya Jepun, Korea Selatan mahupun Indonesia yang sentiasa menyuntik semangat pemain mereka dengan paparan berita yang bersifat "membina" .

( Media di indonesia berjaya menarik peyokong untuk mendokong sepenuhnya pasukan kesayangan mereka)



Media seharusnya memberikan sedikit ruang selesa kepada pasukan Olimpik negara dengan " mempromosikan" kehebatan pasukan ini agar ia mampu menyuntik kekuatan "tambahan" kepada para pemain sekaligus memberi keyakinan diri kepada mereka untuk beraksi di atas padang.

Malaysia bakal berkunjung ke Jepun untuk membuat perhitungan pertama menentang pasukan serba biru itu di stadium Tosu pada 21 september ini.